Sunday, September 13, 2009

:: Doaku padamu.. ::


Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:

“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”


Maka berkata salah seorang daripada mereka:

“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia,

seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara.

Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka, aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku.


Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur.

Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku.


Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan.


Keadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing.

Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”


Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.


Demikianlah besarnya nilai amalan berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi satu amalan yang dapat membantu seorang anak ketika dia ditimpa musibah.


sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%2010.htm


p/s : terima kasih mak , abah.. marahmu akan menjadi semangat diri ini..


Monday, August 24, 2009

:: Ramadhan, Madrasah Tarbiyah.. ::


p/s : agak2 Nuqman dapat pose penuh x? hmm... insyaAllah

Sunday, August 23, 2009

:: Dapat adik baru.. ::

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah.. akhirnya saya berjaya juga meng'update' blog ni setelah sekian lamanya ditinggalkan ber'sawang'. Maaf kepada sahabat-sahabat yang bertanya kenapa tak di'update' blog ini, saya pun tiada jawapan yang 'specific' untuk dijawab. NO IDEA. Allah sahaja yang mengetahuinya.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua kita berada di bulan puasa. Moga2 ia menjadi 'madrasah tarbiyah' kepada kita semua. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelumnya.

Dua tiga minggu ini, saya sering memikirkan cara terbaik untuk membentuk dan mendidik generasi-generasi yang sedang 'membesar' dalam gerakan islam ini. Memang pening memikirkannya. Kadang-kadang terbit rasa bersalah terhadap adik-adik ini kerana membiarkan mereka di dalam gerakan ini tanpa beri tunjuk ajar, panduan yang terbaik untuk mereka. Baru semalam saya mendapat khabar dari sahabat tentang seorang adik ini dalam keadaan agak kritikal mentalnya sehingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Terkejut saya mendengarnya kerana sebelum adik ini berada bersama gerakan, keadaannya baik dan waras sahaja. Dalam fikiran saya waktu itu?? Gagal!! Sedih!!

Kadang-kadang kita sering menyalahkan mereka, tetapi pernah atau tidak kita muhasabah kembali, apa yang telah kita beri pada mereka. Ya, memang kita ada beri tunjuk ajar, nasihat secukupnya pada mereka. Tapi cukuplah setakat itu sahaja. Selebihnya, biarlah mereka cari sendiri.. Yang baik komitmennya kita suka, yang agak menyusahkan dan lambat, kita tinggalkan.. Tepuk dada, tanya iman..

Benarlah kata sahabat saya, bukan mudah nak kaderkan seseorang. Bukan setakat kaderkan mereka sehingga menjadi ahli gerakan sahaja, menjadi tanggungjawab kita untuk mereka terus istiqamah, memahami keadaan jemaah sekarang dan ada rasa tanggungjawab untuk melakukan perubahan yang ada. Besar peranan dan harapannya. Sama seperti peranan ibu bapa yang mendidik anak-anaknya supaya menjadi yang terbaik kelak. Ya, itulah yang saya pelajari. Saya perlu sabar dan tidak boleh putus asa dalam mendidik mereka. Biar apa orang nak kata.

Semester ini, saya mendapat 'adik baru' lagi. Adik2 yang perlu saya didik, bawa mereka ke 'dunia baru'. Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada diri ini.

Entry saya kali ini tidak berniat untuk menyalahkan dan menyokong sesiapa. Sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa, apa yang saya pelajari.. Pengalaman yang amat bernilai bagi saya dalam mendepani masalah sebegini kelak. Terima kasih buat semua sahabat yang banyak menasihati saya.

~nukilan dari hati




p/s : "Ya Allah, aku yang membawa mereka ke jalan ini, jangan biarkan aku berputus asa untuk terus mendidik mereka.. Kuatkan kaki mereka di jalanMu dan istiqamahkan mereka, Ya Allah. Moga mereka menjadi lebih baik dari diriku.."

Wednesday, July 15, 2009

:: Terima Kasih Semua.. ::

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang masih lagi dan tidak jemu mengurniakan nikmat pada hambaNYA terutama dua nikmat yang paling besar iaitu IMAN dan ISLAM..

Alhamdulillah, 8 Julai lalu, genap umur saya 23 tahun. Ini bermakna sudah 23 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini. Ikut kiraan matematik,lagi 2 tahun saya akan menjangkau ke 25 tahun.. Huhu.. Sekejap sahaja masa berlalu. Bak kata Baiti, ".. hepi besday nad.. nad dah tua no..". Tapi kak Hazayani kata, "..nad dah dewasa, bukan tua.." Hm, tak kisah la yang penting umur ni dah meningkat kan??

Entry kali ini saya ingin memberi penghargaan buat sahabat-sahabat dan keluarga saya yang tidak jemu mengingati tarikh lahir saya. Tepat jam 12 malam 8 Julai, mula lah mesej ucapan sanah helwah yang masuk. Terima kasih sahabat, adik2 atas ingatan kalian semua especially to mak, abah, Amin, Zamil dan Rimy.. Nanti Along balik, jangan lupa belanja Along makan.. Hehe..

"..semoga panjang umur dan murah rezeki.."

"..mudahan-mudahan hidup, mati dalam iman baik didunia dan akhirat.."

"..moga-moga umur yang berbaki sentiasa dalam rahmatNYA.."

antara mesej yang saya terima.. Terima kasih kepada semua. Untuk Fiza, Maisarah dan Ina terima kasih belanja makan petang tu.. Hm, sedap dan moga-moga ia menjadi kenangan kita bersama sepanjang bergelar roomate.. Terima kasih kek coklat yang sedap.
Malam pula Kak Basit, Bahirah, Fana, Sofiah, Awin, Kak Lin dan Hazirah (walaupun dalam telefon) belanja makan sate di Putrajaya .. Terima kasih sahabat! Ya Allah, Engkau peliharakanlah ukhuwah antara aku dan sahabat-sahabatku..

Buat adik-adik yang disayangi, Erma, P-da, Munirah, Suria dan Sumayyah-terima kasih hadiah yang teramat istimewa. Cantik.. Akak sangat hargainya..^o^. Semoga adik2 terus istiqamah dalam perjuangan Islam ini.

Tak lupa buat my schoolmates- Ude, Masitah, Tasha, Najlaa, Sue baik dan Matun.. Ingat jugak ek walaupun dah lama kita tak jumpa. Teringat kenangan Masitah wish birthday saya 7/8/2008 tahun lepas pada jam 12 tgh malam. Kononnya nak jadi orang paling lewat.. Hehe, tersilap tarikh la C-tah..

Buat sahabat-sahabat yang lain, terima kasih jugak atas ingatan kalian semua.. Nur, gambar geng 86 tu cantik.. ^o^

Hakikatnya, ingatan sahabat2 dan adik2 semua makin mengingatkan diri ini akan kematian. "Semakin meningkat umur, semakin dekat dengan hari kematian.."-mesej yang saya terima dari Nadiyah. Syukran jazilan, Nadiyah atas ingatan itu. Ya, benar sekali. Kita tidak boleh lari dengan hakikat ini. Kita perlu rasa rindu untuk bertemu Allah dalam diri ini dan juga rasakan malu untuk bertemuNYA kerana sedikitnya amalan kita..


SELAMAT HARI LAHIR juga buat sahabat-sahabat yang lahir bulan Julai ini ..

:: Raihana :: Fasihah Chan :: Amalina :: Nisa :: Hashim :: Ismail :: Azran :: Suziana :: Kak Hazayani :: Kak Calm :: Kak Ros :: Qahhar :: Wan Nadiah :: Matun ::

Happy Belated and Becoming Birthday to my fellow JULYIAN !! Moga Allah sentiasa rahmati dan berkati kalian.. ;)



p/s : terima kasih CELCOM atas hadiah panggilan percuma ke nombor 8pax selama seminggu.. Hehe.. Tiap-tiap hari dapat call mak dan abah kat rumah.. THANKS!! ^o^

Wednesday, July 1, 2009

:: Peringatan Bersama ::


.... Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa KESABARAN & KESYUKURAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi halangan, namun jika sesuatu itu ditakdirkan BUKAN untuk kita pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman.
Ingatlah dalam kamu berlari mencari redha Tuhanmu tidaklah ia dihiasi dengan wangian kasturi tetapi ditaburi dengan onak ranjau yang tidak terperi.
Tiada rasa ketahanan tanpa ujian, tiada rasa kehambaan tanpa keresahan, tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan ...


" Dunia ini sedang berlalu pergi dan akhirat sedang menghampiri.. "


p/s : kudambakan cintaMU, ya Allah
. Berikan aku kekuatan..


Tuesday, June 30, 2009

:: Ku rindu pada SHAMS ::

Bismillah walhamdulillah


Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang berusrah bersama adik2 Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) bersama dua sahabat baik saya, Nadiyah dan Nadirah. Secara kebetulan, sebelum solat maghrib Nadiyah mengajak saya menemannya ke SAMER untuk berjumpa dan berusrah dengan adik2 usrahnya. Seusai solat maghrib bersama sahabat2, saya dan Nadiyah bertolak kesana. Di Kepong Sentral, Nadirah mengambil kami dan kami terus mnuju ke SAMER. Pertemuan kami ini dapat melepaskan kerinduan antara kami.. Bila 3 NAD bertemu.. apa yang berlaku? hehe..

Setibanya di SAMER dan apabila kaki ini melangkah masuk ke ASPURI SAMER, tiba-tiba fikiran saya teringat sewaktu saya berada di ASPURI SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS). Suasananya, bi’ahnya dan pelajarnya membuatkan saya terkenang tempat yang penuh kenangan dan tempat dimana saya belajar untuk berdikari, tempat dimana saya mula belajar tentang tarbiyah dan kepimpinan. Yang paling penting tempat dimana saya mula mengenali usrah..


Gembira dapat bersama dengan adik-adik SAMER, berusrah dengan mereka. Ramai
yang datang berusrah bersama kami. Masing-masing bersemangat mendengar dan memahami apa yang cuba kami sampaikan pada mereka. Comel-comel semuanya. Nadirah memulakan majlis dan membuat modul ‘numbers’. Saya juga sempat berpesan pada mereka, moga-moga mereka terus istiqamah dengan apa yang mereka lalui saat ini. Bukan semua orang dapat apa yang mereka perolehi. Mereka amat bertuah. Tarbiyah yang mereka terima tak sama dengan pelajar yang tidak tinggal di asrama. Jam 11.30 malam, loceng asrama berbunyi dan kami menamatkan usrah. Hampir 1 jam bersama mereka. Sewaktu berpisah, mereka tak putus-putus meminta kami datang lagi untuk berusrah bersama. Nadirah dan Nadiyah hanya tersenyum. Memikirkan bila agaknya dapat bertemu mereka lagi. Saya ?? Hanya menunggu ajakan Nadirah dan Nadiyah sahaja.^o^. InsyaAllah ada masa, saya juga akan turut berusrah bersama mereka lagi..


Ya Allah, ku rindu saat-saat ku di SHAMS, saat-saat bersama akhawat yang disayangi 5 tahun yang penuh dengan kenangan bersama kalian. Kita selalu berkumpul di ‘angkasa’ bersama-sama.. Di situ lah kita berusrah, study, qiamullail bersama. Eratnya ukhuwah kita dahulu. Kita pernah berjanji untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Susah senang kita tetap bersama..


Shidah, Huda, Masitah, Faizah, Fiza, Tasha, Wani, Ummi, Gee
– akhawat yang disayangi.. Maafkan diri ini andai diri ini tak mampu pelihara ukhuwah antara kita yang telah kita bina atas dasar satu aqidah. Saya sentiasa mendoakan akhawat terus istiqamah dalam perjuangan Islam. =)

SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkah ku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan.....
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan airmata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati

Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Syukur sunggu di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatinya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenak erti
Cinta Hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman....

Lagu UNIC ni saya dan akhawat pernah menyanyikannya sewaktu Haflatulwida’. Masa tu kami dalam form 4.. Bersemangat betul kami menyanyi.. Kalau cerita semula pada Huda kenangan ni, mesti dia gelakkan saya. Sebab saya yang paling bersemangat time tu. Terutama kat corus.. kan cik ude? hehe..


saya bersama huda dan masitah di kawasan aspuri. Ude, nampak chubby..hehe

p/s : gambar lain akan menyusul..

Tuesday, June 23, 2009

:: Terima Kasih, Abah... ::

Bismilah walhamdulillah..


Abah,
Teringat masa zaman kecik-kecik dulu.. Bila balik dari keluar jalan-jalan dengan abah, mesti Along dan Amin buat-buat tidur dalam kereta bila sampai kat rumah. Abah panggil nama kami, tapi kami buat-buat tak dengar.. Abah masuk rumah, sediakan tempat tidur kami dan abah angkat kami dari kereta dan bawa masuk ke dalam bilik tidur.. Terima kasih, abah..

Abah,
Masa Along sekolah rendah dulu, abah selalu buat lukisan untuk Along. Along tak suka dan tak pandai melukis. Bila cikgu suruh melukis, mesti along bawa balik dan mintak abah yang lukiskan.
Esoknya along bawa lukisan abah ke kelas, kawan-kawan along puji lukisan tu.. Along cakap kat diorang "Abah saya yang ajar dan lukis..". Sehari sebelum waktu ujian pendidikan seni pun, mesti abah bagi idea kat along untuk melukis. Terima kasih, abah..

Abah,
Masa along darjah 3, along dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Abah dijemput naik ke pentas untuk bagi hadiah pada along.. Along ingat lagi, abah bagi along set alat tulis dengan beg. Cantik kotak pensel yang abah bagi. Hampir 7 tahun along simpan kotak pensel tu.. Terima kasih, abah..

Bila along kenangkan kembali, pasti along tersenyum...

Banyaknya pengorbanan abah untuk along dan adik-adik. Seawal 6 pagi abah keluar mencari rezeki untuk kami. Kini kami semakin dewasa dan kami tahu kami banyak menyusahkan abah.. Abah tetap sabar melayan dan mendidik kami.. Walaupun abah tak meluahkan tapi kami tahu perasaan abah. Maafkan kami.. Abah lelaki yang sangat penyabar..

Dedikasi istimewa buat lelaki yang paling saya sayangi. Lelaki yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga..
Insan yang sabar dalam mendidik dan melayan anak-anaknya yang semakin dewasa..
Selamat Hari Bapa, abah.. Terima kasih kerana memberikan kasih sayangmu dan sabar dalam mendidik kami..

Kepada semua bapa didunia, SELAMAT HARI BAPA
Sayangi bapa anda dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada..




p/s : Bila dikenangkan balik zaman kecik-kecik pasti saya dan adik-adik ketawa.. rasa nak kembali ke zaman dulu.. Bestkan amin? hehe.. ^o^

Friday, May 22, 2009

:: Gunung Ledang Kami Tawan... ::

Bismillah wal hamdulillah..
Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah..




Alhamdulillah, bagai tidak percaya, minggu lepas penulis dan sahabat-sahabat seperjuan
gan telah berjaya menawan Gunung Ledang.

Tak terkata, pengalaman, letih, puas, pengorbanan.. itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut penulis dan sahabat-sahabat ketika ditanya setelah berjaya menawannya..
Hampir 1 hari kami berada didalam hutan, bertolak pada jam 5 pagi, tiba di puncak pada jam 3 petang dan kembali di tempat penginapan pada jam 9 malam..


Pelbagai ragam, suka duka bersama-sama sahabat2. Inilah yang dikatakan tarbiyyah. Melalui pengalaman ini juga masing2 dapat menilai diri sendiri dan sahabat yang sebenarnya. Ada yang cekal, tak putus asa untuk terus menuju puncak, dan ada juga yang bagai tidak sanggup meneruskannya tetapi dek kerana semangat dari sahabat2 yang lain, pendakian diteruskan.



Setelah tiba di puncak, masing-masing tersenyum puas. Akhirnya kami berjaya menawannya. Berjaya menyahut cabaran abi, kami berjaya dalam misi kami. Sujud syukur dilakukan. Kami menikmati keindahan ciptaanNya yang sangat indah.. Subhanallah..


Setelah hampir 1 jam berada dipuncak, kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke tempat penginapan kami. Cabaran demi cabaran kami tempuhi. Hujan lebat, cuaca gelap, semua kami lalui. Alhmdulillah jam 9 malam kami selamat tiba.. Letih? Sakit? hanya Allah yang tahu.. ;)
Bagi penulis, ini semua merupakan tarbiyyah yang peru dilalui. Tarbiyyah untuk mengajar kita kesabaran, tekad, kebergantungan kepada Allah. Kita semua perlu merasainya..


Dua hari selepas Misi Gunung Ledang, penulis mendapat mesej dari salah seorang ustaz penganjur program


"sakit kaki ke? kawan-kawan yang lain ok?"


"alhamdulillah ok.bukan setakat kaki yang sakit, habis satu badan sakit. xpe, ini semua tarbiyyah.."



"bagus2.tarbiyyah perlu dirasai..."


Ya,tarbiyyah memang perlu dirasai.. terima kasih abi, terima kasih kepada semua penganjur program ini.. satu pengalaman yang bermakna buat kami.. moga terus istiqamah dalam gerak kerja Islam..InsyaAllah..



p/s : lepas ni kalau ada sesiapa yang ajak naik gunung lagi, agak2 penulis nak ikut ke x? hehe..



Monday, May 11, 2009

:: Selamat Hari Ibu ::

Bismillah walhamdulillah..
Semalam sedang asyik penulis sibuk menghadap laptop sambil sembang-sembang dengan sahabat2 di bsk, tiba-tiba penulis teringat sesuatu perkara..

"eh, hari ni hari ibu la.."
"lupa...nak mesej mak "
terus terbayang muka emak di rumah dan henset terus dicapai.

"mak, selamat hari ibu. terima kasih sebab lahirkan dan besarkan along dan adik2.
kami sayang mak.. nanti along balik along belikan hadiah.hehe =) "

message sent to mak.

10 minutes later.. new message from mak

"tq.. xpe xde hadiah pun.apa yg penting mak harap ank2 mak jd ank yg b'iman dan soleh.. along kena byk nasihat dan jaga adik2.."

jawapan ringkas dari mak tapi penuh bermakna.. besar harapan mak pada kami. rasa rindu pada family di rumah makin menebal. rindu pada celoteh, cerita mak di rumah, rindu pada masakan mak yang sentiasa special especially laksa penang. ^o^

kasih ibu tiada galang gantinya.. terima kasih mak. terima kasih pada semua ibu di dunia ini. sayangi dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada.

p/s : hug your mum =)

Wednesday, April 29, 2009

An Open Letter To Bill Gates

Open LetterTo : Bill Gates of Microsoft
From : Banta Singh of Punjab
Subject : Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some
problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find' button, but was unable to trace.. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?

6. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine.. So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?

10. You provide 'My Network Places'. For God sake please do not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

Regards,
Banta

Last one to Mr Bill Gates : Sir, how is it that your name is Gates but u are selling Windows?

p/s : ntah ape-ape ntah...

Thursday, April 23, 2009

:: Kasih Sayang... ::


Salam wal hamdulillah.. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam ini, yang masih lagi memberikan kita 2 nikmat yang paling besar..::IMAN & ISLAM ::..

Sudah lama blog ini tidak di update.. dek kekangan masa, final exam yang ber'deret', kekeringan idea, dan macam-macam lagi alasan yang boleh diberi. Bila ada sahabat/adik2 yang bagitau telah mengunjungi blog penulis, rasa malu pula pada mereka.. bukan apa, tak di update! Senyum sahajalah jawabnya.. ;)


Alhamdulillah, pagi tadi seusai solat subuh bersama, penulis bersama sahabat-sahabat se kolej telah buat usrah setelah sekian lama tidak berusrah bersama. Gembiranya hanya Allah yang tahu, dapat jumpa sahabat-sahabat walaupun hampir setiap hari bersua di surau. Mungkin bila tengok muka sahabat-sahabat pagi ini, hilang semua masalah dalam kepala penulis ini. Kami membicarakan topik yang agak menarik pagi ini iaitu tentang KASIH SAYANG..


Ya, topik yang mena
rik untuk dibincangkan. Pelbagai pendapat, cerita, pengalaman yang kami kongsi bersama. Seronok! Pelbagai tafsiran tentang kasih sayang ini sebenarnya. Kasih sayang itu luas skopnya. Kasih sayang antara pencipta dan hambaNya, antara ibubapa dan anak, antara kakak dan adik, antara sahabat dan banyak lagi.. Dan pagi ini kami banyak fokuskan kasih sayang antara sahabat, kasih sayang antara kami.. =)


Kasih sayang datang dari hati. Sesetengah sahabat ada yang susah untuk menzahirkan kasih sayangnya terhadap sahabat lain. Susah untuknya untuk mengungkapkan "aku sayang kamu.." . Tetapi ada sahabat yang mudah untuk menzahirkannya.. Setiap kali bersalaman selepas solat berjemaah, pasti ungkapan "saya sayang awak kerana Allah" terbit dari mulutnya.. Itu semua kurniaan dari Allah. Pelbagai cara untuk setiap manusia menunjukkan perasaan kash sayangnya. Kadang2 kita lihat ada sahabat kita selalu 'bising', selalu 'membebel' pada sahabat yang lain. Mungkin itu cara untuk dia menzahirkan kasih sayangnya.. kan??


Apapun bagi penulis, sebelum kita hendak diri kita disayangi oleh orang lain, kita harus menyayangi orang lain terlebih dahulu. Kita harus menjadi pemulanya.. Tidak kira samada sayang kepada sahabat, ibu bapa, adik-adik usrah, adik beradik di rumah dan banyak lagi.. Sayangi mereka selagi mereka masih ada bersama kita. Sayangi keluarga dan sahabat kita. InsyaAllah mereka juga akan menyayangi kita.


Selepas kami berusrah, kami bersama makan bubur yang dimasak oleh Kak Tiqah. Sedap! Terima kasih Kak Tiqah, mungkin bubur tu dimasak dengan kasih sayang.. ^0^
Terima kasih sahabat-sahabat, adik-adik sekalian. Ketahuilah diri ini amat menyayangi kamu semua.. InsyaAllah.

p/s: teringat saat manis kita bersama semasa rehlah minggu lepas..

Friday, March 27, 2009

:: Tautan Ukhuwwah ::





Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul krn mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah.. akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya,
penuhkan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman & keyakinan
serta keindahan tawakkal kpdMu,
suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu,
jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada
dalam perjuangan agamaMu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..
Ameen..


p/s : moga ukhuwah yang terbina keranaNYA..

:: Sanah Helwah ::



SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAK LONG, KAK NGAH DAN KAK LANG.. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan moga Allah beri kebahagiaan
di dunia dan akhirat..
Syukur alhamdulillah Allah mempertemukan kita.. InsyaAllah segala apa yang Allah berikan pasti ada hikmahNYA..
Kita adalah mata rantai perjuangan..=)



p/s : sayang selalu..=)

Tuesday, March 24, 2009

:: Virus Merah Jambu?? ::

Pernah tidak sahabat-sahabat buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?


Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.


Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti sahabat-sahabat lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka sahabat-sahabat perlu menginstall kembali software imanmu. sahabat-sahabat boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.


Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

SELAMAT MENCUBA!

p/s : penulis pun diserangi virus merah jambu!! oppss..virus merah jambu yang buatkan penulis suka tengok barang kaler pink dan kebanyakan barangan penulis pun kaler pink.. mesti pilih pink.. PINKY GURL..hehe..minta dijauhkan dengan virus merah jambu di atas.. ayuh sahabat-sahabat!! bersama menjaga hati.. =)

Friday, March 20, 2009

:: Air Mata Keinsafan ::

Ya Allah..
Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mataMu?

Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya…

Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah…

sumber : iluvislam.com

p/s :Ya Allah, kuatkanlah aku diatas jalan dakwahMu.. Jangan Kau bolak balikkan hatiku ini..

Tuesday, March 17, 2009

:: Selamat Hari Lahir, abah.. ::

Salam walhamdulillah..

Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan ucapan SELAMAT HARI LAHIR ke 49 buat abah tersayang, ALI BIN SAPUAN.
Terima kasih kerana telah membesarkan kami adik beradik, dan memberikan kasih sayang yang tiada galang gantinya kepada kami.
Moga Allah panjangkan umur abah dan insyaAllah dimurahkan rezeki selalu..




Ya Allah.. ampunilah dosa kedua ibu bapa kami,

Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak dari kecil lagi...

p/s : sentuhanmu amat bermakna.. ingat kat lagu in-team.. =)
jom sama-sama kita nyatakan kasih sayang kita pada ayah kita..

Wednesday, March 11, 2009

:: PMIUPM di Perarakan Maulidur Rasul ::

Saf pimpinan muslimin PMIUPM sebelum berangkat ke tempat perarakan


langkah seorang pemimpin, Mohd Safwan (Presiden PMIUPM)

masing-masing dengan gaya tersendiri...


dari kiri - huzaili, farehan, syukri dan qahhar


kami cintaimu wahai Rasulullah..


Pengerusi Helwani PMIUPM - Khairunnisa


YB Fatanah mesra bersama rakyat.. =)


Saf pimpinan muslimat PMIUPM


selawat diapung, peribadimu dijunjung..



p/s : apa yang kita perlu buat sebagai tanda kita sayang Rasulullah??? Jom kita amalkan sunnah-sunnah baginda..