Sunday, August 23, 2009

:: Dapat adik baru.. ::

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah.. akhirnya saya berjaya juga meng'update' blog ni setelah sekian lamanya ditinggalkan ber'sawang'. Maaf kepada sahabat-sahabat yang bertanya kenapa tak di'update' blog ini, saya pun tiada jawapan yang 'specific' untuk dijawab. NO IDEA. Allah sahaja yang mengetahuinya.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua kita berada di bulan puasa. Moga2 ia menjadi 'madrasah tarbiyah' kepada kita semua. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelumnya.

Dua tiga minggu ini, saya sering memikirkan cara terbaik untuk membentuk dan mendidik generasi-generasi yang sedang 'membesar' dalam gerakan islam ini. Memang pening memikirkannya. Kadang-kadang terbit rasa bersalah terhadap adik-adik ini kerana membiarkan mereka di dalam gerakan ini tanpa beri tunjuk ajar, panduan yang terbaik untuk mereka. Baru semalam saya mendapat khabar dari sahabat tentang seorang adik ini dalam keadaan agak kritikal mentalnya sehingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Terkejut saya mendengarnya kerana sebelum adik ini berada bersama gerakan, keadaannya baik dan waras sahaja. Dalam fikiran saya waktu itu?? Gagal!! Sedih!!

Kadang-kadang kita sering menyalahkan mereka, tetapi pernah atau tidak kita muhasabah kembali, apa yang telah kita beri pada mereka. Ya, memang kita ada beri tunjuk ajar, nasihat secukupnya pada mereka. Tapi cukuplah setakat itu sahaja. Selebihnya, biarlah mereka cari sendiri.. Yang baik komitmennya kita suka, yang agak menyusahkan dan lambat, kita tinggalkan.. Tepuk dada, tanya iman..

Benarlah kata sahabat saya, bukan mudah nak kaderkan seseorang. Bukan setakat kaderkan mereka sehingga menjadi ahli gerakan sahaja, menjadi tanggungjawab kita untuk mereka terus istiqamah, memahami keadaan jemaah sekarang dan ada rasa tanggungjawab untuk melakukan perubahan yang ada. Besar peranan dan harapannya. Sama seperti peranan ibu bapa yang mendidik anak-anaknya supaya menjadi yang terbaik kelak. Ya, itulah yang saya pelajari. Saya perlu sabar dan tidak boleh putus asa dalam mendidik mereka. Biar apa orang nak kata.

Semester ini, saya mendapat 'adik baru' lagi. Adik2 yang perlu saya didik, bawa mereka ke 'dunia baru'. Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada diri ini.

Entry saya kali ini tidak berniat untuk menyalahkan dan menyokong sesiapa. Sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa, apa yang saya pelajari.. Pengalaman yang amat bernilai bagi saya dalam mendepani masalah sebegini kelak. Terima kasih buat semua sahabat yang banyak menasihati saya.

~nukilan dari hati




p/s : "Ya Allah, aku yang membawa mereka ke jalan ini, jangan biarkan aku berputus asa untuk terus mendidik mereka.. Kuatkan kaki mereka di jalanMu dan istiqamahkan mereka, Ya Allah. Moga mereka menjadi lebih baik dari diriku.."

No comments: