Tuesday, June 30, 2009

:: Ku rindu pada SHAMS ::

Bismillah walhamdulillah


Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang berusrah bersama adik2 Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) bersama dua sahabat baik saya, Nadiyah dan Nadirah. Secara kebetulan, sebelum solat maghrib Nadiyah mengajak saya menemannya ke SAMER untuk berjumpa dan berusrah dengan adik2 usrahnya. Seusai solat maghrib bersama sahabat2, saya dan Nadiyah bertolak kesana. Di Kepong Sentral, Nadirah mengambil kami dan kami terus mnuju ke SAMER. Pertemuan kami ini dapat melepaskan kerinduan antara kami.. Bila 3 NAD bertemu.. apa yang berlaku? hehe..

Setibanya di SAMER dan apabila kaki ini melangkah masuk ke ASPURI SAMER, tiba-tiba fikiran saya teringat sewaktu saya berada di ASPURI SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS). Suasananya, bi’ahnya dan pelajarnya membuatkan saya terkenang tempat yang penuh kenangan dan tempat dimana saya belajar untuk berdikari, tempat dimana saya mula belajar tentang tarbiyah dan kepimpinan. Yang paling penting tempat dimana saya mula mengenali usrah..


Gembira dapat bersama dengan adik-adik SAMER, berusrah dengan mereka. Ramai
yang datang berusrah bersama kami. Masing-masing bersemangat mendengar dan memahami apa yang cuba kami sampaikan pada mereka. Comel-comel semuanya. Nadirah memulakan majlis dan membuat modul ‘numbers’. Saya juga sempat berpesan pada mereka, moga-moga mereka terus istiqamah dengan apa yang mereka lalui saat ini. Bukan semua orang dapat apa yang mereka perolehi. Mereka amat bertuah. Tarbiyah yang mereka terima tak sama dengan pelajar yang tidak tinggal di asrama. Jam 11.30 malam, loceng asrama berbunyi dan kami menamatkan usrah. Hampir 1 jam bersama mereka. Sewaktu berpisah, mereka tak putus-putus meminta kami datang lagi untuk berusrah bersama. Nadirah dan Nadiyah hanya tersenyum. Memikirkan bila agaknya dapat bertemu mereka lagi. Saya ?? Hanya menunggu ajakan Nadirah dan Nadiyah sahaja.^o^. InsyaAllah ada masa, saya juga akan turut berusrah bersama mereka lagi..


Ya Allah, ku rindu saat-saat ku di SHAMS, saat-saat bersama akhawat yang disayangi 5 tahun yang penuh dengan kenangan bersama kalian. Kita selalu berkumpul di ‘angkasa’ bersama-sama.. Di situ lah kita berusrah, study, qiamullail bersama. Eratnya ukhuwah kita dahulu. Kita pernah berjanji untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Susah senang kita tetap bersama..


Shidah, Huda, Masitah, Faizah, Fiza, Tasha, Wani, Ummi, Gee
– akhawat yang disayangi.. Maafkan diri ini andai diri ini tak mampu pelihara ukhuwah antara kita yang telah kita bina atas dasar satu aqidah. Saya sentiasa mendoakan akhawat terus istiqamah dalam perjuangan Islam. =)

SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkah ku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan.....
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan airmata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati

Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Syukur sunggu di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatinya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenak erti
Cinta Hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman....

Lagu UNIC ni saya dan akhawat pernah menyanyikannya sewaktu Haflatulwida’. Masa tu kami dalam form 4.. Bersemangat betul kami menyanyi.. Kalau cerita semula pada Huda kenangan ni, mesti dia gelakkan saya. Sebab saya yang paling bersemangat time tu. Terutama kat corus.. kan cik ude? hehe..


saya bersama huda dan masitah di kawasan aspuri. Ude, nampak chubby..hehe

p/s : gambar lain akan menyusul..

2 comments:

lu'lu'an manthura said...

Assalamualaikum ya habibati,

Alhamdulillah syukur sangat pada ALLAH sbb dapat jumpa Nad kuasa dua tempoh hari di SAMER..Ya ALLAH rindu sgt pd awak semua.Hi3 bila kuasa ketiga-tiga Nad bergabung alamatnya semuanya jadi gila2 & huru hara..

Alhamdulillah (segala puji bg ALLAH) sbb tak tahu kenapa bila p sana rasa tenang & seronok sgt hatini d samping dapt jumpa adik2 yg comel itu & shbt2 yg sgt2 dikasihi krn ALLAH.hMM..itu belum ada Hani & Mar lg & 2 org sahibah dr kmpus lain..

Nad ingat tak haritu adik2 tu minta kt semua brmalam d sana?Nampaknya kt kena menyamar jd budak sekolah kalu nak brmalam di sana.Takut2 silap haribulan kena tangkap dgn warden aspuri.Hi3 terasa muda sgt pula apb brsama dgn mereka.

InsyaALLAH lepasni Nad akan sentiasa dijemput menjadi ustazh jemputn kami..Hi3 lpasni Nad boleh jadi org Selangor jg lah.Mar pun dah jadi org Selangor.(Hi3 gurau je)..Kalau sy ada salh minta tlg tegur & betulkan ya shbt.

Last but not least, please send my regard to all sahbt & sahibh.K, take care dear & may ALLAH bless u with success in this world & the Hereafter.Love u so much!


~yg masih merasakan diri ini adlh saudara kamu~

Miey Mohd said...

wslm..hehe,simple jea pun.xpandai lagi.ha,maila..jln2 kt usim.nt umi amek nad.mehla..kwn2 nad pun ramaikan kn usim.
ehmm,rindukan kenangan kt shams..ble la leh jmp kwn2 sume..rindu sgt!!