Thursday, April 23, 2009

:: Kasih Sayang... ::


Salam wal hamdulillah.. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam ini, yang masih lagi memberikan kita 2 nikmat yang paling besar..::IMAN & ISLAM ::..

Sudah lama blog ini tidak di update.. dek kekangan masa, final exam yang ber'deret', kekeringan idea, dan macam-macam lagi alasan yang boleh diberi. Bila ada sahabat/adik2 yang bagitau telah mengunjungi blog penulis, rasa malu pula pada mereka.. bukan apa, tak di update! Senyum sahajalah jawabnya.. ;)


Alhamdulillah, pagi tadi seusai solat subuh bersama, penulis bersama sahabat-sahabat se kolej telah buat usrah setelah sekian lama tidak berusrah bersama. Gembiranya hanya Allah yang tahu, dapat jumpa sahabat-sahabat walaupun hampir setiap hari bersua di surau. Mungkin bila tengok muka sahabat-sahabat pagi ini, hilang semua masalah dalam kepala penulis ini. Kami membicarakan topik yang agak menarik pagi ini iaitu tentang KASIH SAYANG..


Ya, topik yang mena
rik untuk dibincangkan. Pelbagai pendapat, cerita, pengalaman yang kami kongsi bersama. Seronok! Pelbagai tafsiran tentang kasih sayang ini sebenarnya. Kasih sayang itu luas skopnya. Kasih sayang antara pencipta dan hambaNya, antara ibubapa dan anak, antara kakak dan adik, antara sahabat dan banyak lagi.. Dan pagi ini kami banyak fokuskan kasih sayang antara sahabat, kasih sayang antara kami.. =)


Kasih sayang datang dari hati. Sesetengah sahabat ada yang susah untuk menzahirkan kasih sayangnya terhadap sahabat lain. Susah untuknya untuk mengungkapkan "aku sayang kamu.." . Tetapi ada sahabat yang mudah untuk menzahirkannya.. Setiap kali bersalaman selepas solat berjemaah, pasti ungkapan "saya sayang awak kerana Allah" terbit dari mulutnya.. Itu semua kurniaan dari Allah. Pelbagai cara untuk setiap manusia menunjukkan perasaan kash sayangnya. Kadang2 kita lihat ada sahabat kita selalu 'bising', selalu 'membebel' pada sahabat yang lain. Mungkin itu cara untuk dia menzahirkan kasih sayangnya.. kan??


Apapun bagi penulis, sebelum kita hendak diri kita disayangi oleh orang lain, kita harus menyayangi orang lain terlebih dahulu. Kita harus menjadi pemulanya.. Tidak kira samada sayang kepada sahabat, ibu bapa, adik-adik usrah, adik beradik di rumah dan banyak lagi.. Sayangi mereka selagi mereka masih ada bersama kita. Sayangi keluarga dan sahabat kita. InsyaAllah mereka juga akan menyayangi kita.


Selepas kami berusrah, kami bersama makan bubur yang dimasak oleh Kak Tiqah. Sedap! Terima kasih Kak Tiqah, mungkin bubur tu dimasak dengan kasih sayang.. ^0^
Terima kasih sahabat-sahabat, adik-adik sekalian. Ketahuilah diri ini amat menyayangi kamu semua.. InsyaAllah.

p/s: teringat saat manis kita bersama semasa rehlah minggu lepas..

1 comment:

ذكية احمد said...

salam...
betul3... indah nya pagi itu kn kak... kasih sayang lahir dr hati... sukar untuk diungkapkn betapa kasih dan sayangnya kita... yah da balik ni rasa rindu kat sahabat2...dan kenangan rehlah kita yg sangat bermakna.... hargailah tiap air mata yang jatuh berderai...