Sunday, September 13, 2009

:: Doaku padamu.. ::


Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:

“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”


Maka berkata salah seorang daripada mereka:

“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia,

seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara.

Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka, aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku.


Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur.

Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku.


Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan.


Keadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing.

Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”


Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.


Demikianlah besarnya nilai amalan berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi satu amalan yang dapat membantu seorang anak ketika dia ditimpa musibah.


sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%2010.htm


p/s : terima kasih mak , abah.. marahmu akan menjadi semangat diri ini..


Monday, August 24, 2009

:: Ramadhan, Madrasah Tarbiyah.. ::


p/s : agak2 Nuqman dapat pose penuh x? hmm... insyaAllah

Sunday, August 23, 2009

:: Dapat adik baru.. ::

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah.. akhirnya saya berjaya juga meng'update' blog ni setelah sekian lamanya ditinggalkan ber'sawang'. Maaf kepada sahabat-sahabat yang bertanya kenapa tak di'update' blog ini, saya pun tiada jawapan yang 'specific' untuk dijawab. NO IDEA. Allah sahaja yang mengetahuinya.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua kita berada di bulan puasa. Moga2 ia menjadi 'madrasah tarbiyah' kepada kita semua. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelumnya.

Dua tiga minggu ini, saya sering memikirkan cara terbaik untuk membentuk dan mendidik generasi-generasi yang sedang 'membesar' dalam gerakan islam ini. Memang pening memikirkannya. Kadang-kadang terbit rasa bersalah terhadap adik-adik ini kerana membiarkan mereka di dalam gerakan ini tanpa beri tunjuk ajar, panduan yang terbaik untuk mereka. Baru semalam saya mendapat khabar dari sahabat tentang seorang adik ini dalam keadaan agak kritikal mentalnya sehingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Terkejut saya mendengarnya kerana sebelum adik ini berada bersama gerakan, keadaannya baik dan waras sahaja. Dalam fikiran saya waktu itu?? Gagal!! Sedih!!

Kadang-kadang kita sering menyalahkan mereka, tetapi pernah atau tidak kita muhasabah kembali, apa yang telah kita beri pada mereka. Ya, memang kita ada beri tunjuk ajar, nasihat secukupnya pada mereka. Tapi cukuplah setakat itu sahaja. Selebihnya, biarlah mereka cari sendiri.. Yang baik komitmennya kita suka, yang agak menyusahkan dan lambat, kita tinggalkan.. Tepuk dada, tanya iman..

Benarlah kata sahabat saya, bukan mudah nak kaderkan seseorang. Bukan setakat kaderkan mereka sehingga menjadi ahli gerakan sahaja, menjadi tanggungjawab kita untuk mereka terus istiqamah, memahami keadaan jemaah sekarang dan ada rasa tanggungjawab untuk melakukan perubahan yang ada. Besar peranan dan harapannya. Sama seperti peranan ibu bapa yang mendidik anak-anaknya supaya menjadi yang terbaik kelak. Ya, itulah yang saya pelajari. Saya perlu sabar dan tidak boleh putus asa dalam mendidik mereka. Biar apa orang nak kata.

Semester ini, saya mendapat 'adik baru' lagi. Adik2 yang perlu saya didik, bawa mereka ke 'dunia baru'. Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada diri ini.

Entry saya kali ini tidak berniat untuk menyalahkan dan menyokong sesiapa. Sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa, apa yang saya pelajari.. Pengalaman yang amat bernilai bagi saya dalam mendepani masalah sebegini kelak. Terima kasih buat semua sahabat yang banyak menasihati saya.

~nukilan dari hati




p/s : "Ya Allah, aku yang membawa mereka ke jalan ini, jangan biarkan aku berputus asa untuk terus mendidik mereka.. Kuatkan kaki mereka di jalanMu dan istiqamahkan mereka, Ya Allah. Moga mereka menjadi lebih baik dari diriku.."

Wednesday, July 15, 2009

:: Terima Kasih Semua.. ::

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang masih lagi dan tidak jemu mengurniakan nikmat pada hambaNYA terutama dua nikmat yang paling besar iaitu IMAN dan ISLAM..

Alhamdulillah, 8 Julai lalu, genap umur saya 23 tahun. Ini bermakna sudah 23 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini. Ikut kiraan matematik,lagi 2 tahun saya akan menjangkau ke 25 tahun.. Huhu.. Sekejap sahaja masa berlalu. Bak kata Baiti, ".. hepi besday nad.. nad dah tua no..". Tapi kak Hazayani kata, "..nad dah dewasa, bukan tua.." Hm, tak kisah la yang penting umur ni dah meningkat kan??

Entry kali ini saya ingin memberi penghargaan buat sahabat-sahabat dan keluarga saya yang tidak jemu mengingati tarikh lahir saya. Tepat jam 12 malam 8 Julai, mula lah mesej ucapan sanah helwah yang masuk. Terima kasih sahabat, adik2 atas ingatan kalian semua especially to mak, abah, Amin, Zamil dan Rimy.. Nanti Along balik, jangan lupa belanja Along makan.. Hehe..

"..semoga panjang umur dan murah rezeki.."

"..mudahan-mudahan hidup, mati dalam iman baik didunia dan akhirat.."

"..moga-moga umur yang berbaki sentiasa dalam rahmatNYA.."

antara mesej yang saya terima.. Terima kasih kepada semua. Untuk Fiza, Maisarah dan Ina terima kasih belanja makan petang tu.. Hm, sedap dan moga-moga ia menjadi kenangan kita bersama sepanjang bergelar roomate.. Terima kasih kek coklat yang sedap.
Malam pula Kak Basit, Bahirah, Fana, Sofiah, Awin, Kak Lin dan Hazirah (walaupun dalam telefon) belanja makan sate di Putrajaya .. Terima kasih sahabat! Ya Allah, Engkau peliharakanlah ukhuwah antara aku dan sahabat-sahabatku..

Buat adik-adik yang disayangi, Erma, P-da, Munirah, Suria dan Sumayyah-terima kasih hadiah yang teramat istimewa. Cantik.. Akak sangat hargainya..^o^. Semoga adik2 terus istiqamah dalam perjuangan Islam ini.

Tak lupa buat my schoolmates- Ude, Masitah, Tasha, Najlaa, Sue baik dan Matun.. Ingat jugak ek walaupun dah lama kita tak jumpa. Teringat kenangan Masitah wish birthday saya 7/8/2008 tahun lepas pada jam 12 tgh malam. Kononnya nak jadi orang paling lewat.. Hehe, tersilap tarikh la C-tah..

Buat sahabat-sahabat yang lain, terima kasih jugak atas ingatan kalian semua.. Nur, gambar geng 86 tu cantik.. ^o^

Hakikatnya, ingatan sahabat2 dan adik2 semua makin mengingatkan diri ini akan kematian. "Semakin meningkat umur, semakin dekat dengan hari kematian.."-mesej yang saya terima dari Nadiyah. Syukran jazilan, Nadiyah atas ingatan itu. Ya, benar sekali. Kita tidak boleh lari dengan hakikat ini. Kita perlu rasa rindu untuk bertemu Allah dalam diri ini dan juga rasakan malu untuk bertemuNYA kerana sedikitnya amalan kita..


SELAMAT HARI LAHIR juga buat sahabat-sahabat yang lahir bulan Julai ini ..

:: Raihana :: Fasihah Chan :: Amalina :: Nisa :: Hashim :: Ismail :: Azran :: Suziana :: Kak Hazayani :: Kak Calm :: Kak Ros :: Qahhar :: Wan Nadiah :: Matun ::

Happy Belated and Becoming Birthday to my fellow JULYIAN !! Moga Allah sentiasa rahmati dan berkati kalian.. ;)



p/s : terima kasih CELCOM atas hadiah panggilan percuma ke nombor 8pax selama seminggu.. Hehe.. Tiap-tiap hari dapat call mak dan abah kat rumah.. THANKS!! ^o^

Wednesday, July 1, 2009

:: Peringatan Bersama ::


.... Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa KESABARAN & KESYUKURAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi halangan, namun jika sesuatu itu ditakdirkan BUKAN untuk kita pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman.
Ingatlah dalam kamu berlari mencari redha Tuhanmu tidaklah ia dihiasi dengan wangian kasturi tetapi ditaburi dengan onak ranjau yang tidak terperi.
Tiada rasa ketahanan tanpa ujian, tiada rasa kehambaan tanpa keresahan, tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan ...


" Dunia ini sedang berlalu pergi dan akhirat sedang menghampiri.. "


p/s : kudambakan cintaMU, ya Allah
. Berikan aku kekuatan..


Tuesday, June 30, 2009

:: Ku rindu pada SHAMS ::

Bismillah walhamdulillah


Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang berusrah bersama adik2 Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) bersama dua sahabat baik saya, Nadiyah dan Nadirah. Secara kebetulan, sebelum solat maghrib Nadiyah mengajak saya menemannya ke SAMER untuk berjumpa dan berusrah dengan adik2 usrahnya. Seusai solat maghrib bersama sahabat2, saya dan Nadiyah bertolak kesana. Di Kepong Sentral, Nadirah mengambil kami dan kami terus mnuju ke SAMER. Pertemuan kami ini dapat melepaskan kerinduan antara kami.. Bila 3 NAD bertemu.. apa yang berlaku? hehe..

Setibanya di SAMER dan apabila kaki ini melangkah masuk ke ASPURI SAMER, tiba-tiba fikiran saya teringat sewaktu saya berada di ASPURI SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS). Suasananya, bi’ahnya dan pelajarnya membuatkan saya terkenang tempat yang penuh kenangan dan tempat dimana saya belajar untuk berdikari, tempat dimana saya mula belajar tentang tarbiyah dan kepimpinan. Yang paling penting tempat dimana saya mula mengenali usrah..


Gembira dapat bersama dengan adik-adik SAMER, berusrah dengan mereka. Ramai
yang datang berusrah bersama kami. Masing-masing bersemangat mendengar dan memahami apa yang cuba kami sampaikan pada mereka. Comel-comel semuanya. Nadirah memulakan majlis dan membuat modul ‘numbers’. Saya juga sempat berpesan pada mereka, moga-moga mereka terus istiqamah dengan apa yang mereka lalui saat ini. Bukan semua orang dapat apa yang mereka perolehi. Mereka amat bertuah. Tarbiyah yang mereka terima tak sama dengan pelajar yang tidak tinggal di asrama. Jam 11.30 malam, loceng asrama berbunyi dan kami menamatkan usrah. Hampir 1 jam bersama mereka. Sewaktu berpisah, mereka tak putus-putus meminta kami datang lagi untuk berusrah bersama. Nadirah dan Nadiyah hanya tersenyum. Memikirkan bila agaknya dapat bertemu mereka lagi. Saya ?? Hanya menunggu ajakan Nadirah dan Nadiyah sahaja.^o^. InsyaAllah ada masa, saya juga akan turut berusrah bersama mereka lagi..


Ya Allah, ku rindu saat-saat ku di SHAMS, saat-saat bersama akhawat yang disayangi 5 tahun yang penuh dengan kenangan bersama kalian. Kita selalu berkumpul di ‘angkasa’ bersama-sama.. Di situ lah kita berusrah, study, qiamullail bersama. Eratnya ukhuwah kita dahulu. Kita pernah berjanji untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Susah senang kita tetap bersama..


Shidah, Huda, Masitah, Faizah, Fiza, Tasha, Wani, Ummi, Gee
– akhawat yang disayangi.. Maafkan diri ini andai diri ini tak mampu pelihara ukhuwah antara kita yang telah kita bina atas dasar satu aqidah. Saya sentiasa mendoakan akhawat terus istiqamah dalam perjuangan Islam. =)

SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkah ku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan.....
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan airmata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati

Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Syukur sunggu di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatinya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenak erti
Cinta Hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman....

Lagu UNIC ni saya dan akhawat pernah menyanyikannya sewaktu Haflatulwida’. Masa tu kami dalam form 4.. Bersemangat betul kami menyanyi.. Kalau cerita semula pada Huda kenangan ni, mesti dia gelakkan saya. Sebab saya yang paling bersemangat time tu. Terutama kat corus.. kan cik ude? hehe..


saya bersama huda dan masitah di kawasan aspuri. Ude, nampak chubby..hehe

p/s : gambar lain akan menyusul..

Tuesday, June 23, 2009

:: Terima Kasih, Abah... ::

Bismilah walhamdulillah..


Abah,
Teringat masa zaman kecik-kecik dulu.. Bila balik dari keluar jalan-jalan dengan abah, mesti Along dan Amin buat-buat tidur dalam kereta bila sampai kat rumah. Abah panggil nama kami, tapi kami buat-buat tak dengar.. Abah masuk rumah, sediakan tempat tidur kami dan abah angkat kami dari kereta dan bawa masuk ke dalam bilik tidur.. Terima kasih, abah..

Abah,
Masa Along sekolah rendah dulu, abah selalu buat lukisan untuk Along. Along tak suka dan tak pandai melukis. Bila cikgu suruh melukis, mesti along bawa balik dan mintak abah yang lukiskan.
Esoknya along bawa lukisan abah ke kelas, kawan-kawan along puji lukisan tu.. Along cakap kat diorang "Abah saya yang ajar dan lukis..". Sehari sebelum waktu ujian pendidikan seni pun, mesti abah bagi idea kat along untuk melukis. Terima kasih, abah..

Abah,
Masa along darjah 3, along dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Abah dijemput naik ke pentas untuk bagi hadiah pada along.. Along ingat lagi, abah bagi along set alat tulis dengan beg. Cantik kotak pensel yang abah bagi. Hampir 7 tahun along simpan kotak pensel tu.. Terima kasih, abah..

Bila along kenangkan kembali, pasti along tersenyum...

Banyaknya pengorbanan abah untuk along dan adik-adik. Seawal 6 pagi abah keluar mencari rezeki untuk kami. Kini kami semakin dewasa dan kami tahu kami banyak menyusahkan abah.. Abah tetap sabar melayan dan mendidik kami.. Walaupun abah tak meluahkan tapi kami tahu perasaan abah. Maafkan kami.. Abah lelaki yang sangat penyabar..

Dedikasi istimewa buat lelaki yang paling saya sayangi. Lelaki yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga..
Insan yang sabar dalam mendidik dan melayan anak-anaknya yang semakin dewasa..
Selamat Hari Bapa, abah.. Terima kasih kerana memberikan kasih sayangmu dan sabar dalam mendidik kami..

Kepada semua bapa didunia, SELAMAT HARI BAPA
Sayangi bapa anda dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada..




p/s : Bila dikenangkan balik zaman kecik-kecik pasti saya dan adik-adik ketawa.. rasa nak kembali ke zaman dulu.. Bestkan amin? hehe.. ^o^