Wednesday, October 22, 2008

:: cuci hatimu.. ::


p/s : bersama menjaga hati.. =)

Saturday, October 18, 2008

:: exam oh exam... ::

Salam dan bertemu kembali, sahabat-sahabat..

Minggu ni dah masuk minggu final exam.. Hmm.. Mula dari minggu ni lah, macam-macam perangai kita boleh tengok dan mungkin kita yang merasainya.. Fasa di mana semua kita akan sibuk study, ulangkaji nota Operating System yang sangat banyak, hafal formula, wat latihan HCI, macam-macam lagi.. Confirm minggu final exam ni library akan 'full' dengan kita-kita yang berkampung di sana dari pagi sampai la malam.. Satu lagi, tido malam mesti dengan buku.. Biarpun tak sempat habiskan 1 chapter, asalkan dapat tido dengan buku sudah dapat 'menyedapkan hati' bila bangun pagi esoknya.. Benda-benda ni la yang kita-kita akan lalui sepanjang musim exam.. Ye la, Nak kena cover semua subjek kan.. Huhu..

Sejak dari diploma lagi penulis kagum dengan sahabat-sahabat sekampus yang cemerlang dalam exam mereka setiap semester walaupun sibuk kerja-kerja dakwah mereka.. Ingin penulis ikuti jejak mereka.. Teringat sewaktu penulis berada di semester satu semasa diploma ada kakak yang sering nasihat penulis supaya jadi umat Islam yang pandai. Biarpun ada tugas dan perlu menghadiri sesuatu program, nota mesti sentiasa dibawa. "Ada masa boleh baca, tak salah pun.." katanya. Hmm.. Kadang-kadang penulis bawa jugak nota kuliah ke program tapi masalahnya baca ke tak baca?? Hehe.. Wallahualam.. =)

Apa pun, yang paling penting jangan abaikan pelajaran kita walaupun sibuk dengan tugas-tugas yang lain.. Akademik adalah penting untuk kita sebagai umat Islam.. Jangan jadi fitnah kepada Islam.. Nasihat untuk diri penulis jugak ni.. ^o^ Lepas dah usaha, kita berdoa padaNya yang sentasa mendengar rintihan hambaNya.. Doakan jugak kejayaan sahabat-sahabat kita yang lain.. Satu lagi, restu dan berkat mak, ayah, lecturer pun penting dan mesti dijaga.. Sebelum nak exam tu, call la mak, ayah skejap kan.. Bukannya susah.. =)

Semoga Allah permudahkan kita untuk menghadapi exam kali ni.. Moga dapat keputusan cemerlang, sahabat-sahabat.. InsyaALLAH.. Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam.. GOOD LUCK .. apalagi, JOM STUDY..!! =)

Hmm.. kak kafalifmim pun selalu cakap, UMAT ISLAM KENA PANDAI..;)

p/s : roomates penulis sangat rajin study.. huhu.. jealous jugak.. Hmm.. InsyaAllah kita sama-sama dapat kejayaan.. Amin..



:: INFO @ PMIUPM ::



Solat Hajat Perdana anjuran Persatuan Mahasiswa UPM (PMIUPM) sempena peperiksaan akhir akan diadakan pada:

18 Okt 2008 (Surau Kolej Serumpun)
19 Okt 2008 ( Surau Kolej 17)

Masa : selepas solat Maghrib

Semua pelajar muslim dijemput hadir.

"YOUR EXCELLENT PARTNER"

p/s :Waktu malam kita beribadat kepada Allah… ia melahirkan rasa hampir dan tenang kepadaNya. Moga Allah berkati ilmu yang kita pelajari dan permudahkan kita menghadapi peperiksaan… Jangan lupa qiammulail sekali.. =)

Monday, October 13, 2008

:: Diri Ini... ::


Diri ini adalah hamba,
mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”

Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.

Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya...

mampukah diri ini ya Allah.. menjadi wanita solehah, menjadi penyejuk mata..

p/s : aku ingin menjadi penyejuk mata kepada perjuangan Islam.. InsyaAllah

Friday, October 10, 2008

:: Sanah Helwah ya sadiqi... ::

"...Ya Allah! Sahabatku buah hatiku, mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membuah ceria. Ya Allah! Silaturrahim kami Ukhuwwahfillah. Berpisah hanya mati, InsyaAllah.. Pengikat hati kami rabhitah mardhatillah..."



Selamat hari lahir buat sahabat tersayang, :: NADIRAH (10 Oktober) & RUQAIYAH (7 Oktober) :: ... Semoga dengan pertambahan usia kita semakin bertambahlah amalan kita semua.. Semoga Allah panjangkan umur, dimurahkan rezeki Nadirah & Ruqaiyah.. =). Syukran jazilan atas ukhuwah ini & atas segala kata-kata semangat sahabat yang sentiasa membajai hati untuk diri ini meneruskan perjuangan.. =)

p/s : hmm.. dah tua rupanya kita ni kan..?? ^0^

Thursday, October 9, 2008

:: Puasa Enam di Bulan Syawal ::

Antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal ialah

Puasa enam umpama sunat rawatib sesudah salat fardu bagi menampung
kekurangan puasa fardu.

Mengulangi puasa sesudah Ramadan menjadi tanda diterima puasa Ramadan
yang kita kerjakan.

Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan
seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik,ganjaran pahala yang
berlipat ganda,Malam Lailatulqadar,ganjaran bersahur,berbuka puasa dan
banyak lagi.

Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.

Memudahkan Malaikat Al-Maut mencabut nyawa.


Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa berpuasa bulan Ramadan, kemudian ia berpuasa pula enam hari pada bulan Syawal adalah seperti berpuasa sepanjang masa."



p/s : Hmm.. bulan Ramadan sistem pencernaan kita dah berehat selama sebulan pada siang hari. Kedatangan Syawal baru-baru ni menyebabkan seolah-olah ia 'terkejut' dengan tugas untuk mencerna pelbagai makanan yg kita makan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Dengan puasa enam ini boleh beri ruang kembali kepada sistem pencernaan badan kita untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani kita sendiri. apalagi, JOM PUASA ENAM =)

Saturday, October 4, 2008

:: Cerita Malam Raya - Bunuh Binatang??::


adik bongsuku - nuqman danial

Salam Aidilfitri buat semua.. Hari ni dah 4 Syawal bermakna dah masuk hari raya yang ke 4.. Hm.. Semakin dewasa, semakin aku faham erti sambutan Aidilfitri setiap tahun. Kalau dulu time kecik-kecik bila nak habis puasa je mesti happy.. Tak sabar nak raya, nak kumpul duit raya, nak pakai baju baru, balik kampung, nak gi raya dengan sepupu.. Serba serbi seronok. Tapi bila dah besar ni, raya biasa-biasa je. Bila dah nak habis bulan Ramadhan, baru la muhasabah balik apa yang aku dah wat sepanjang bulan yang dikatakan 'bulan pesta ibadah ini'.. Sepatutnya bulan Syawal ni kita kembali kepada fitrah kita selepas dah lalui tarbiyyah Ramadhan selama sebulan. Dalam bulan Ramadhan ni kita kumpul kekuatan untuk kita hadapi 11 bulan yang akan datang.. InsyaAllah, semoga Allah beri kekuatan kepada kita.


Teringat pulak cerita malam raya baru ni.. Kisah adik bongsuku dengan binatang-binatang yang di belanya.. Hehe.. Lepas aku siap solat Isyak malam raya tu, dengar bunyi bising kat bawah. Bising dengan suara hero-heroku (adik-adikku yang semua lelaki). Apsal la budak-budak ni. Bila aku turun tangga, adikku Iwan bagitau aku "Along, kura-kura Adik Man mati...". Sambil tunjuk 'mayat' kura-kura yang dah mati tu. Huhu.. Kesiannye..


wanda tengah tido dalam rumah diorang


Aku pandang Nuqman.. Kelakar pulak aku tengok. Muka dia macam orang yang sangat-sangat bersalah.. Kata orang, bersalah gila.. Huhu. "Haa.. ni mesti tak bagi makan, tak tukar air.. Kan dah mati. Tak tau.. Akhirat nanti dia cari Man.." kataku. Menambahkan lagi rasa bersalah pada dia.. Hehe. ;p. Dia senyap je.. Memang kura-kura tu atas tanggungjawab dia. Dia yang nak bela. Ada 2 ekor dalam akuarium kecik tu. Bukan kura-kura je, hamster pun dia bela.. Pandai dia pujuk mak beli hamster ngan rumahnya skali.. Aku terus ke dapur.. Tolong mak masak rendang & lontong lagi bagus. Adik-adik aku yang lain duk menyakat Nuqman lagi.


Time aku tengah duk potong sayur kat dapur, Nuqman cuit bahuku. "Along, mesti Man mimpi kura-kura malam ni.. Man bunuh binatang..". Isk2 adik aku sorang ni.. Ni mesti rasa bersalah lagi sebab kura-kura dia mati.. Aku senyum je. "Along, kalau Man sembahyang sebelum tido, tak mimpi la kan??..." soalnya lagi. Pandai pulak adik aku ni.. Hm.. Budak 6 tahun pun pandai fikir.. "Yela..nanti sebelum tido sembahyang Isyak dulu.. Nanti takde la mimpi kura-kura tu.. Kesian kura-kura tinggal sekor dalam tu. Mesti dia menangis takde kawan kan.." kataku.. Betul ke fakta ni?? Hehe..

inilah cosmo

Malam tu Nuqman ajak abah keluar gi beli makanan hamster. Nasib baik kedai uncle chinese tu bukak malam raya ni. Agaknya dia rasa sangat bersalah atas 'kematian' kura-kura tu. Nak tebus kesalahan la tu.. Balik je dari kedai, terus dia ajak Iwan tukar air akuarium kura-kura, bersihkan rumah hamster, bagi hamster makan.. Siap basuh rumah hamster tu lagi.. Memang rajin la dia malam tu. Aku dan adik-adikku yang lain tengok je pe yang dia wat. Kelakar pun ada malam tu..


Sebelum tido, Nuqman solat Isyak.. Mak kata lama betul dia baca doa.. Agaknya dia doa jangan mimpi kura-kura kot.. Pagi esok, 1 Syawal Nuqman bagitau padaku dia tak mimpi kura-kura.. Tersenyum lebar dia.. Sebelum kami bertolak balik rumah nenek, sempat dia tunjuk padaku 'kubur' kura-kura tu.. Hehe.. Nuqman, Nuqman.. Aku terfikir, tu la fitrah manusia kan??.. Kembali kepada Tuhannya bila ada permintaan.. Budak kecik pun tau sujud pada Allah kalau ada wat salah a.k.a dosa untuk mohon ampun.. Kita yang dah besar ni??? Hm.. boleh fikir sendiri kot ek??..


Pe pun moga kita semua mengerti tujuan Aidilfitri disambut.. Kembali kepada fitrah.. Moga-moga kita mendapat ganjaran dari Allah atas pe yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan lepas.. InsyaAllah.. Hm.. Lusa dah nak balik kampus, moga Allah beri kekuatan kepadaku untuk teruskan perjuangan di kampus hijau ini.. PRK hampir tiba, tunggu masa je ni. Final exam pun dah tak lama lagi.. Huhu.. Bergelut dengan buku & nota la nampak gayanya, Nadiah. Jihad Ta'lim namanya..

Pe pun :: SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN::


p/s : nama hamster nuqman WANDA & COSMO..
gambar kura-kura tak dapat dipaparkan.. masih berkabung kot.. hehe ;)