Wednesday, February 18, 2009

Aku kah Naqibah?

Salam walhamdulillah..

Alhamdulillah kita masih lagi dalam lindungan dan rahmat kasih sayangNya hingga ke saat ini.. Sudah lama penulis tidak post kan sebarang artikel, tulisan dalam 'Bila Tinta Menari' ini. Dek kekangan masa yang ada, kerja yang tak pernah berkurangan tak kira pelajaran mahupun tugas2 dakwah membataskan waktu penulis meng'update' blog kesayangan ini..

“Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan (qarar)” - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96


Entry kali ini penulis terpanggil untuk kongsi tetang tajuk naqibah..
Seminggu dua ini penulis asyik memikirkan tentang usrah. Macam mana nak improve kan diri ini menjadi naqibah yang terbaik. Dengan dikurniakan adik2 yang sentiasa memberikan semangat kepada diri ini untuk menjadi yang terbaik. Wajah-wajah adik usrah sentiasa bermain di kepala ini. Kak long, Kak Ngah, Kak Cik, Kak Lang, Kak Su, yang sentiasa menceriakan diri ini.



Bila sahabat2 membicarakan tentang usrah, adik2 usrah pasti hati penulis tersentuh. Bukan apa, mengenangkan betapa banyaknya tanggungjawab untuk membentuk mereka. Bukan perkara yang mudah sebenarnya.

Ditengah-tengah waktu yang ada sempat penulis membuka laman web mengenai tangunggjawab naqibah dan ciri-ciri asa yang perlu ada pada seorang naqibah. Mungkin ini perkara yang sudah biasa kita ketahui, tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kita dan diri ini terutamanya..

ANTARA TANGGUNGJAWAB NUQABA' :

1) Madrasah-madrasah kecil (usrah atau medan indoktrin ‘school of thought’ jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli

2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli dalam melicinkan perjalanan hidup mereka.

3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba’/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli

4) Benteng pertama dan golongan teras first-liner (al-Qaedah as-Sulbah) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.

5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.





CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA’

Apa yang dinmaksudkan dengan ciri-ciri asas para Nuqaba’ ialah : Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai Nuqaba’ di luar usrah.

CIRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :

Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah Taala.

CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu’alim :

Naqib adalah seorang mu’alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :

Naqib /. Naqibah adalah seorang bapa / ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bertolak dari rsa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah :

Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati



Terkenang kembali ketika zaman penulis menjadi ahli usrah. Betapa bersungguhnya naqibah penulis mendidik adik2 usrahnya. Bila diingat kembali, membuatkan penulis mahu mengikut jejak langkahnya. InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan urusan-urusan ini. Moga Allah beri kekuatan pada diri ini dan adik2 usrah kesayangan..


p/s : Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Syukran jazilan pada adik2 usrah kesayangan yang sentiasa membuatkan diri ini ingin menjadi yang terbaik. Maaf andai diri ini tak mampu beri yang terbaik untuk adik2 semua..

Tuesday, February 10, 2009

:: Happy Belated Birthday MAISARAH & FIZA =) ::


Salam walhamdulillah...


Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan SANAH HELWAH YA JAMIL ILA MAISARAH & FIZA pada 6 FEBRUARI lepas.. Dua orang sahabat baik berkongsi tarikh lahir yang sama..

Terima kasih pada Maisarah sebab jadi roomate penulis hampir 2 tahun.. Banyak cerita antara kita kan? ^o^. Ukhuwahfillah abadan abada..

Terima kasih jugak pada Fiza atas ukhuwah yang dijalinkan..
Syukur pada Allah yang telah mempertemukan kita..
Moga ukhuwah ini atas dasar cintakan Allah..

Tiada ungkapan indah dari penulis untuk sahabat-sahabat tersayang.. Penulis berharap agar kalian sentiasa mendapat redha dan kasih sayangNYA.. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki..


Untuk Maisarah, maaf andai penulis tak dapat jadi roomate yang baik.. InsyaAllah Allah akan beri yang terbaik untuk awak..
Untuk Fiza pula, semoga Allah berikan segala yang terbaik dan kekuatan pada fiza..


HAPPY BELATED BIRTHDAY.. dah tua ea.. hehe..


p/s : best dapat makan chiken chop ngan mai and fiza..nyum..nyum =), bila kita dapat bersama lagi?






Thursday, February 5, 2009

:: Rintihan ::



Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang.
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

Ya Tuhan..
Ampunilah dosa diriku ini..
kini diriku mengerti jua ya ILAHI
p/s : renungan bersama..

Saturday, January 24, 2009

Dari Kami..


p/s : Happy Birthday Zamil...=)rindu kat semua


Friday, January 23, 2009

Mencari Teman Ke Syurga


Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih
dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".

Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

sumber : www.iluvislam.com

p/s : syurga Allah itu mahal..=)