Wednesday, February 18, 2009

Aku kah Naqibah?

Salam walhamdulillah..

Alhamdulillah kita masih lagi dalam lindungan dan rahmat kasih sayangNya hingga ke saat ini.. Sudah lama penulis tidak post kan sebarang artikel, tulisan dalam 'Bila Tinta Menari' ini. Dek kekangan masa yang ada, kerja yang tak pernah berkurangan tak kira pelajaran mahupun tugas2 dakwah membataskan waktu penulis meng'update' blog kesayangan ini..

“Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan (qarar)” - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96


Entry kali ini penulis terpanggil untuk kongsi tetang tajuk naqibah..
Seminggu dua ini penulis asyik memikirkan tentang usrah. Macam mana nak improve kan diri ini menjadi naqibah yang terbaik. Dengan dikurniakan adik2 yang sentiasa memberikan semangat kepada diri ini untuk menjadi yang terbaik. Wajah-wajah adik usrah sentiasa bermain di kepala ini. Kak long, Kak Ngah, Kak Cik, Kak Lang, Kak Su, yang sentiasa menceriakan diri ini.



Bila sahabat2 membicarakan tentang usrah, adik2 usrah pasti hati penulis tersentuh. Bukan apa, mengenangkan betapa banyaknya tanggungjawab untuk membentuk mereka. Bukan perkara yang mudah sebenarnya.

Ditengah-tengah waktu yang ada sempat penulis membuka laman web mengenai tangunggjawab naqibah dan ciri-ciri asa yang perlu ada pada seorang naqibah. Mungkin ini perkara yang sudah biasa kita ketahui, tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kita dan diri ini terutamanya..

ANTARA TANGGUNGJAWAB NUQABA' :

1) Madrasah-madrasah kecil (usrah atau medan indoktrin ‘school of thought’ jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli

2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli dalam melicinkan perjalanan hidup mereka.

3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba’/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli

4) Benteng pertama dan golongan teras first-liner (al-Qaedah as-Sulbah) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.

5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.





CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA’

Apa yang dinmaksudkan dengan ciri-ciri asas para Nuqaba’ ialah : Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai Nuqaba’ di luar usrah.

CIRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :

Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah Taala.

CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu’alim :

Naqib adalah seorang mu’alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :

Naqib /. Naqibah adalah seorang bapa / ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bertolak dari rsa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah :

Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati



Terkenang kembali ketika zaman penulis menjadi ahli usrah. Betapa bersungguhnya naqibah penulis mendidik adik2 usrahnya. Bila diingat kembali, membuatkan penulis mahu mengikut jejak langkahnya. InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan urusan-urusan ini. Moga Allah beri kekuatan pada diri ini dan adik2 usrah kesayangan..


p/s : Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Syukran jazilan pada adik2 usrah kesayangan yang sentiasa membuatkan diri ini ingin menjadi yang terbaik. Maaf andai diri ini tak mampu beri yang terbaik untuk adik2 semua..

1 comment:

SERAMBI MEKAH said...

Salam perjuangan dan mahabbah buat sahabat tersayang..semoga Allah meneguhkan kaki dan jiwa kita dalam perjuangan sehingga detik sakaratul maut..Sesungguhnya kemanisan dan keindahan dalam perjuangan hanya dapat dirasakan oleh pemilik-pemilik hati yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam perjuangan Islam. Ya Allah,kami dambakan syahid di jalan-Mu.

Semoga nad sntsa tabah dan kuat deh..terbaik,insya Allah. mp3.