Friday, April 27, 2012

:: Berhijrahlah! ::

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dimuka bumi Allah ini, masih lagi dikurniakan 2 nikmat yang paling besar yang sering dilupakan oleh hambaNYA iaitu nikmat IMAN & ISLAM. :)

Pada entri kali ini, suka saya berkongsi berkenaan dengan hijrah-hijrah yang berlaku sepanjang hidup saya.

Seawal usia 13 tahun saya sudah tinggal di asrama, berjauhan dengan keluarga. Di usia itulah saya belajar erti berdikari, menguruskan diri tanpa pantauan mak, abah. 5 tahun saya di asrama, berhijrah dari zon selesa berada dirumah ke tempat yang lebih berdisiplin. Alhamdulillah, dengan izin Allah hasilnya saya mampu berdikari, menguruskan diri dan adik-adik sendiri diusia yang muda. 

Kemudian semasa berusia 18 tahun, setelah mendapat keputusan SPM, saya mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sekali lagi saya berhijrah, berjauhan dengan keluarga. Kali ini ke tempat yang lebih jauh (bagi saya Terengganu-Selangor agak jauh pada masa itu) Pergi dengan membawa harapan mak dan abah. Setelah 3 tahun, Alhamdulillah saya berjaya memperoleh diploma, dan meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti yang sama. 3 tahun lagi masa diambil untuk memperoleh segulung ijazah. 6 tahun di UPM, kadang-kadang terasa diri ini membesar di UPM, tua di UPM. :) 
Dengan hijrah saya kali ini, Alhamdulillah, saya mendapat pelbagai pengalaman, ilmu, warna-warni kehidupan yang lebih mematangkan diri. Saya sangat bersyukur, Allah kurniakan saya dengan nikmat yang amat bernilai. Saya dapat mengenal hidup secara berjemaah! Alhamdulillah  :)

Setelah tamat pengajian di UPM, saya mendapat perkerjaan di Putrajaya, kemudian di Bangi sehingga sekarang. Hampir 2 tahun berada di alam pekerjaan mengajar saya mengenal  pelbagai ragam manusia, tahu siapa boleh jadi sahabat tika susah dan senang. Saya akui, berjauhan dengan keluarga membuatkan saya lebih rapat dengan mak, abah dan adik-adik saya. Alhamdulillah.

Kini, saya akan berhijrah lagi. Hijrah kali ini bagi saya amat istimewa dari hijrah-hijrah saya sebelum ini. Hijrah saya adalah kerana mengikut suami yang tersayang. Saya akan ke Johor, di mana tempat suami saya bekerja sekarang. Hijrah yang memerlukan sedikit pengorbanan, saya melepaskan kerjaya saya demi ingin sentiasa berada disamping suami saya. 

"InsyaAllah, mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk aku dan suami kelak. Rezeki Allah tu kan luas.." 

Itulah kata-kata semangat untuk diri sendiri tatkala pelbagai fikiran negatif yang hadir dalam diri.

Hari ini adalah hari terakhir saya berkhidmat di syarikat ini, tatkala entri ini dicatatkan. (Isi masa sedikit masa lapang yang ada). Semoga penghijrahan saya kali ini membawa kebaikan kepada orang lain dan jua kepada saya, suami dan anak-anak kelak. Ya, saya ingin berhijrah! Berhijrah ke arah yang lebih baik. Berhijrah untuk membina sebuah keluarga muslim dan mukmin yang lebih baik. 

"Abang harap ayang niat hijrah ayang ni adalah untuk mendapat kebaikan dan memberi kebaikan pada orang lain. Rasulullah dulu pun berhijrah. Macam-macam kebaikan yang umat Islam dapat sehinggakan kita, umatnya hari ini masih mendapat kebaikan dari penghijrahan Rasulullah.." 


kata-kata suami saya ini akan saya ingat sampai bila-bila. Abang, terima kasih banyak, banyak, banyak! :)




Thursday, April 19, 2012

:: Dialah suamiku.. ::

Dengan namaMU ya Allah..

Alhamdulillah, aku amat bersyukur padaMU Allah.

Engkau hadirkan kepada ku seorang suami yang baik akhlaknya, tinggi pekertinya dan paling penting seorang yang beragama, beriman kepadaMU..

Penyayang, penyabar itulah dirimu..

Terima kasih suamiku atas kesabaranmu dalam mendidikku. Isterimu ini sangat bahagia bila berada disampingmu.. Wajah tenangmu, menjadi penyejuk di mata ini. :)

p/s : suamiku, sifuku.. terima kasih abang. I Love U Fillah.. ;)








Thursday, April 12, 2012

:: Syukur, Alhamdulillah :) ::

Bismillah walhamdulillah.

Lama tidak blog ini tidak di update. Dek kerana kekeringan idea untuk menulis, mungkin juga kerana tiada mood untuk menulis. :)

Alhamdulillah sudah sebulan diri ini bergelar isteri. Majlis yang penuh bermakna telah berlangsung sebulan lalu, 10 Mac 2012 (17 Rabiulakhir 1433h). ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH. Hanya perkataan tersebut menggambarkan perasaan ini tatkala sah menjadi isteri dan permaisuri hati suamiku. Hanya sekali lafaz, aku sah bergelar menjadi isteri kepada Wan Mohd Hashim Wan Mohamed.



Ya Allah, aku kini bahagia merasai nikmat kasih sayangMU. Betapa besarnya nikmat ini yang Kau berikan hanya secebis kepada hambaMU ini. Aku sangat bersyukur padaMU, ya Rahman! :)

Suamiku yang tercinta, terima kasih atas segalanya. Baru sebulan kita melayari kehidupan sebagai suami isteri, percayalah, isterimu ini merasa sangat bahagia berada bersamamu.

Allah, Engkau mengetahui segalanya.. Moga Engkau redha dan merahmati Baitul Muslim kami ini. Moga Baitul Muslim kami menjadi pendokong kepada agamaMU.

Terima Kasih Allah, aku sayang dan bersyukur padaMU! :)

Buat suamiku, isterimu ini jua menyayangimu. Terima kasih atas segalanya. :)





Saturday, November 5, 2011

Wednesday, October 12, 2011

:: Tahniah Awin ::


Bismillah walhamdulillah..


Alhamdulillah, Jumaat malam Sabtu baru-baru ni (7 Oktober 2011) sahabat baik saya selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Hm, sebenarnya majlis nikah Awin ni adalah kali pertama saya ke majlis akad nikah sahabat-sahabat saya. Yelah, biasanya hadir jemputan setelah dinikahkan je. :)

Seminggu sebelum hari bahagia awin, sempat kami (kak basit, ana, kak ani, munirah, fatanah) membantu Awin siapkan gubahan hantaran. Seronok! yang paling best satu dulang sampai 3 orang yang siapkan. Kak basit releks saja siapkan seorang diri.. Kama pula sempat membuat kad kahwin untuk Awin. Hasilnya, alhamdulillah. Walaupun tak sehebat pereka-pereka di luar sana, tetapi nilainya amat bermakna untuk seorang sahabat.. ;)

Pagi Jumaat, Bahirah sampai dari Pulau Pinang. Malam lepas isyak terus kami ke Masjid Ikhwaniyah,Cheras tak jauh dari rumah Awin. Saya ke sana bersama Bahirah, Ana dan Nadirah. Alhamdulillah sempat lihat Awin diijabkabulkan. Awin menangis. Hm, selamat sudah adikku ni. :) Esoknya majlis resepsi pula diadakan di rumah awin.

Awal pagi Sabtu tu, Farhana dari Kulai pulak sampai di Serdang. Demi sebuah persahabatan, sanggup ponteng camping sekolah semata-mata nak hadir hari bahagia sahabat baik! Cayalah cikgu farhana! :) Selepas zohor, saya ke rumah Awin sekali lagi bersama farhana, kama dan adik2 yang lain.

Ingin saya titipkan kenangan manis sewaktu bersama-sama Awin dan sahabat-sahabat (Kak Basit, Farhana, Kak Lin, Azie, Sofi, Amal, Bahirah, Ana, Kama) dan sahabat-sahabat yang lain semasa di zaman kampus dahulu. Sama-sama berkongsi suka dan duka. Sama-sama membawa ProM. Seorang sakit, semua merasa sakitnya.. Indahnya persahabatan kita! ;)





Kini Awin sudah bergelar isteri. Tahniah Awin.. Moga Allah memberkati Baitul Muslim ini. Moga bercinta hingga ke syurga. Kami doakan segalanya yang terbaik untuk Awin dan suami..


p/s : Saya harap selepas kenduri Awin, jika Allah izinkan dan jika umur saya panjang, saya dapat hadir sembilan lagi kenduri kahwin sahabat-sahabat yang lain. --> Kak Basit, Kama, Azie, Sofiah, Farhana, Kak Lin, Raihana, Bahirah, Amal. (ni dah susun ikut turutan umur ni..hehe ;p)
Amin, ya Rabb! Moga Allah permudahkan urusan kita semua.. =)



Friday, September 30, 2011

:: Indahnya Zaman Belajar! ::

Bismillah walhamdulillah..

Terima kasih Allah atas nikmat yg besar ini, Engkau kurniakan sehingga hari ini..
Indahnya zaman balajar.. Pengalaman yang amat berharga yang tak dapat dikutip dimana2..

Pengalaman mengenal alam kampus, pengalaman menjadi ahli usrah, pengalaman menjadi naqibah usrah, pengalaman bersama sahabat membuat kerja2 dakwah di kampus.. Sangat bersyukur, Alhamdulillah.

Pengalaman yang lepas, banyak mengajar kita erti kehidupan sekarang. Masa tidak boleh diundur lagi, perjalanan perlu diteruskan. Biarlah semua menjadi kenangan yang amat bermakna! :)

p/s : setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. percayalah! Terima Kasih Allah, terima kasih, terima kasih dan terima kasih..ALHAMDULILLAH. :))

Tuesday, September 13, 2011

:: Bingkisan Rindu ::

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nikmat iman & islam. Terima kasih ya Allah! :)

Entry kali ini ingin kongsi sebuah nasyid dari kumpulan Far-East. Bingkisan Rindu. Ditujukan khas untuk sahabat-sahabat yang amat saya sayangi. Sahabat susah dan senang. Sahabat yang banyak memberi semangat. Saya amat bertuah dikurniakan sahabat-sahabat ini.

Kak Basitah, Raihana, Hazirah, Sofiah, Kamariyah, Farhana, Shafiqa, Bahirah, Azwin, Amalina, Nadirah, Arah.. Terima Kasih Allah kerana pertemukanku dengan mereka.. Sahabat-sahabatku ketahuilah aku sangat sayang pada kamu semua! :)

Jika diizinkanNYA, bila kita berjauhan, hati ini selalu dekat pada kamu semua..

P/S : Lagu ini sering menemani saya ketika dalam perjalanan ke pejabat :)


Thursday, June 23, 2011

:: Indahnya Didoakan Sahabat ::


Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.



Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah

rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.



Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.

Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.

Ini sangat indah…



Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.

Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.



Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

MAAFKANLAH….

Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.

Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?

Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.



Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.

Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.



Maafkanlah kesalahan~kesalahan sahabat kita. Sangat tidak wajar jika kita menghukum seorang sahabat dengan tidak memberi maaf dan tidak tersenyum k

epadanya.

Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.



Maafkanlah… maafkanlah dia..

Lafaskanlah dengan lidah bahawa kita memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.

Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas



Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam
Aku ingin kita tetap bersahabat selamanya…


Sumber: Indahnya Didoakan Sahabat | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/indahnya-didoakan-sahabat/#ixzz1Q5K3elm5

Tuesday, June 21, 2011

:: Mendidik Anak Dengan Naluri Kasih Sayang ::

Bismillahwalhamdulillah..

Saya tertarik dengan artikel di iluvislam.com berkenaan dengan didikan anak dengan kasih sayang oleh Ustaz Fathi Yusuf.

Artikel yang mungkin dapat menjadi rujukan dan sumber kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa.
Sempat saya sertakan antara isi kandungan artikel tersebut.


Dalam konteks pendidikan, naluri kasih sayang ini dapat berperanan dalam tiga keadaan iaitu:

Pertama, Allah menjadikan naluri kasih sayang ini agar manusia menjadikan usaha mendidik anak itu satu yang menyeronokkan. Sambil girang menimang anak si bapa boleh menyelitkan acah-acahnya dengan unsur tarbiyah. Sambil leka mendodoinya, si ibu boleh mengalunkan lagu-lagu yang membangkitkan jiwa, iman dan semangat juang. Sambil seronok bergurau senda, bertempuk tampar, si ibu dan ayah boleh melatih mereka erti kerjasama dan mementing diri, erti timbang rasa dan keegoan, erti ketaatan dan keengkaran, erti sopan dan biadap, serta erti dosa dan pahala. Sambil bahagia bersiar-siar dan berkelah, anak-anak boleh diajar soal-soal ketuhanan, tatacara ibadah, keluhuran akhlak dan teknik bermasyarakat. Ringkasnya, segenap aktiviti yang menyeronokkan itu boleh berubah wajahnya menjadi medan tarbiyyah insaniyah.

Kedua, naluri kasih sayang mencipta ketabahan dan kegigihan mendidik buat ibu dan bapa. Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Teguran demi teguran. Tapi anak tetap tidak endahkan. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka ketika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha tarbiyah itu secara berterusan dengan penuh kesabaran.

Ketiga, fitrah kasih sayang dalam jiwa manusia juga mendorong pengorbanan luar biasa si ibu dan bapa terhadap anak-anak. Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina momentum semangat dalam mendidik anak. Bagi si ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya.

Jika ingin baca lebih lanjut tentang artikel tersebut, boleh ke link ini

p/s : mendidik anak cara Rasulullah..



Monday, June 20, 2011

:: Hati ini... ::


Bismillah walhamdulillah..

Segala puji bagi bagi tuhan sekalian alam, yang masih mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM pada diri ini.

Blog ini sudah lama tidak diupdate, blog ini sudah jarang dikunjung. Mungkin kuasa tarikan facebook lebih kuat berbanding dengan blog ini..^^

"Hati itu milik ALLAH dan diamanahkan buat kita..."

Kata-kata ini saya petik dari salah satu artikel di iluvislam,com. Tertarik dengan kata2 itu, lalu dikongsikan bersama dengan sahabat- sahabat semua.

Ya, hati ini semestinya milik Allah yakni tuhan yang menciptakannya. Dia berhak mengubahnya. Dia berhak membolak balikkannya. Dia berhak atas segalanya. Dan tugas kita sebagai hambaNYA, adalah menjaganya dengan sebaiknya. Jangan dikotori hati itu dengan perbuatan mazmumah.

"Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati..." [HR Bukhari dan Muslim]

Subhanallah, betapa besarnya kuasa hati ini..

Akhir-akhir ini saya sering disoal dan berkongsi rasa dengan sahabat-sahabat, adik-adik berkaitan dengan perasaan dan hati. Dan saya akui, sukar untuk memberi jawapan yang terbaik. Saya bukan faqih dalam bidang ini.

..kembalikan hati itu kepada penciptanya..

Jawapan yang ringkas dari saya.

Segala perkongsian sahabat2 ini sebenarnya secara tidak langsung dapat muhasabahkan diri saya ini. Dimanakah saya meletakkan hati saya dan apakah saya meletakkan hati ini di tempat yang sepatutnya? Saya sering ungkapkan, "aku cinta padaMU, Allah.." adakah ia benar-benar dari hati ini? Adakah saya mendahulukanNYA dalam semua perkara?

Maafkan hambaMU ini, Allah! Terimalah aku, hambaMU, Allah!

p/s : Mudahkanlah urusan kami, Ya Allah.. Permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkau Maha memudahkan. Segala yang susah adalah mudah bagiMU...

Ya Rabb! Engkau permudahkanlah urusan sahabat-sahabat disekelilingku ini. Berikanlah mereka kebahagiaan dan berilah yang terbaik untuk mereka..

Monday, January 10, 2011

:: Mari Berdoa. ::



Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNYA.. Jangan putus asa untuk terus berdoa kepadaNYA.. Tatkala hati resah gelisah, mengadulah kepadaNYA..
Moga Allah permudahkan urusan kita semua, dunia dan akhirat.

Tuesday, November 23, 2010

:: Ku dambakan kasihMU ::


















Ya Allah, aku sangat2 mengharapkan petunjuk dariMU.. permudahkan urusan ini, ya Allah.


~~aku k.u.s.u.t memikirkannya..

Friday, November 19, 2010

Open Your Eyes - Maher Zain

Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..



p/s : jom sama-sama hayati liriknya..