Monday, June 20, 2011

:: Hati ini... ::


Bismillah walhamdulillah..

Segala puji bagi bagi tuhan sekalian alam, yang masih mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM pada diri ini.

Blog ini sudah lama tidak diupdate, blog ini sudah jarang dikunjung. Mungkin kuasa tarikan facebook lebih kuat berbanding dengan blog ini..^^

"Hati itu milik ALLAH dan diamanahkan buat kita..."

Kata-kata ini saya petik dari salah satu artikel di iluvislam,com. Tertarik dengan kata2 itu, lalu dikongsikan bersama dengan sahabat- sahabat semua.

Ya, hati ini semestinya milik Allah yakni tuhan yang menciptakannya. Dia berhak mengubahnya. Dia berhak membolak balikkannya. Dia berhak atas segalanya. Dan tugas kita sebagai hambaNYA, adalah menjaganya dengan sebaiknya. Jangan dikotori hati itu dengan perbuatan mazmumah.

"Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati..." [HR Bukhari dan Muslim]

Subhanallah, betapa besarnya kuasa hati ini..

Akhir-akhir ini saya sering disoal dan berkongsi rasa dengan sahabat-sahabat, adik-adik berkaitan dengan perasaan dan hati. Dan saya akui, sukar untuk memberi jawapan yang terbaik. Saya bukan faqih dalam bidang ini.

..kembalikan hati itu kepada penciptanya..

Jawapan yang ringkas dari saya.

Segala perkongsian sahabat2 ini sebenarnya secara tidak langsung dapat muhasabahkan diri saya ini. Dimanakah saya meletakkan hati saya dan apakah saya meletakkan hati ini di tempat yang sepatutnya? Saya sering ungkapkan, "aku cinta padaMU, Allah.." adakah ia benar-benar dari hati ini? Adakah saya mendahulukanNYA dalam semua perkara?

Maafkan hambaMU ini, Allah! Terimalah aku, hambaMU, Allah!

p/s : Mudahkanlah urusan kami, Ya Allah.. Permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkau Maha memudahkan. Segala yang susah adalah mudah bagiMU...

Ya Rabb! Engkau permudahkanlah urusan sahabat-sahabat disekelilingku ini. Berikanlah mereka kebahagiaan dan berilah yang terbaik untuk mereka..

No comments: