Tuesday, September 30, 2008

:: KAD RAYA UNTUK SEMUA ::



Salam.. kad raya untuk semua.. ^o^
:: SELAMAT HARI RAYA ::

Sunday, September 28, 2008

:: Salam Aidilfitri ::


Salam Lebaran... Sedar tak sedar hari ni dah hari ke 28 kita berada di bulan Ramadhan.. Ramadhan akan melabuhkan tirainya dan Syawal bakal menjelma.. Pasti ramai yang sedang membuat persiapan untuk menyambut hari raya ini..


Raya tahun ni beraya di mana ek?? Hm.. seronoknya bila dapat beraya di kampung bersama atok & nenek.. Teringat bila beraya di kampung abah di Johor. Seronok walaupun agak penat melayan orang yang tak putus-putus datang ziarah.. Cucu-cucu perempuan ni lah yang sibuk duk kat dapur. Nenek cuma bagi 'arahan' je. :) . Penat Tapi happy.. Bila giliran beraya di kampung mak di Terengganu, pasti kecoh satu rumah dengan sanak saudara yang ada.. Atok & nenek tersenyum lihat anak cucu datang berkumpul.


Tapi sekarang atok & nenek semua sudah tiada. Terasa sunyi dan kosong bila balik kampung di Johor atau Terengganu. Ye lah, bila rumah sudah tiada 'orang tua'.. Tahun ni tak dapat cium tangan mereka di pagi raya. Ah, rindunya aku pada mereka.. Yang pergi tetap pergi.Moga Allah letak roh atok & nenek bersama-sama orang yang beriman. Amin..

Selamat Hari Raya buat atok & nenek.. :)

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Lahir NADIYAH... !


Salam dan bertemu kembali.. Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada sahabat tersayang, Nadiyah.. Bukan Nadiah Ali (itu nama penulis ^o^).

"Sanah Helwa Ya Jamil"(Selamat Hari Lahir) buat NURUL NADIYAH HAMID..
Moga Allah panjangkan usia, dimurahkan rezeki dan moga sentiasa dalam rahmatNYA sokmo.. Terima kasih atas ukhuwah yang terjalin.. :)


p/s : penulis dan sahabat ni berkongsi nama yang sama :: NADIAH ::
ramai yang tertukar.. bila ada yang sebut nama NADIAH, pasti kami akan pandang sesama sendiri..bimbang ada yang 'terperasan'. :). apa pun, seronok berkongsi nama yang sama ni.. NADIAH ALI & NADIYAH HAMID

Wednesday, September 24, 2008

kawan..teman..sahabat..???



Sudah menjadi sunnatullah bahawa dalam melayari kehidupan duniawi yang sementara ini kita memerlukan mereka yang kita panggil kawan,teman dan sahabat lebih-lebih lagi memerlukan sahabat sejati.Beruntunglah seseorang itu yang mempunyai ramai sahabat sejati.

TIGA TAHAP PERSAHABATAN :



Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepa
da Allah Taala.

2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.

3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.



Persahabatan tabii

Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.
Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.

Persahabatan yang tercela

Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kwan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.
Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya : "....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?

Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".



P/S : terima kasih sahabat-sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini dan mewarnai hidup ini...

**GENG BADAR 5 SHAMS '03-
shidah, huda, masitah, umi, wani. faizah, fiza, tasha...

kenangan kita bersama di bumi SHAMS takkan kulupa..

**GENG 86 -
nadirah, nadiyah, faezah, farah, ruqaiyah, dina, raja..

kalian tetap dihati.. nasihat kalian akan kusemat di hati ini...:)


:: moga persahabatan kita hingga ke akhirnya ::