Thursday, January 22, 2009

UJIAN DARI-NYA..


Bismillah...

Wahai tuhanku..
sememangnya aku dah sedari...
jalan yang telah kupilih ni..
bakal membawa seribu satu..
ujian dariMu..

Namun..
pintaku yang satu..
tabahkanlah diriku ini..
temanilah diriku ini..
dengan hembusan ketenangan..
bila diri terasa kesakitan..
pada sebuah ujian atas perubahan..

Gagahkanlah langkah-langkah kakiku ini..
dalam menempuh kehidupan baru ini..
aku masih baru dan amatlah daif disisiMu..
Tetapkanlah hatiku pada haluan yang aku yakini..
inilah jalan yang sebenarnya..

Jangan Kau biarkan aku keseorangan..
dalam tangisan..
bila tak tertanggung kesedihan pada..
ujian.

p/s: Ya Allah yang membolak-balikkan segala hal, jadikanlah hal-hal ini sebaik-baik hal..

Wednesday, January 21, 2009

Renungan sejenak..

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah."

Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.




p/s :peringatan untuk diri sendiri..=)

Tuesday, January 20, 2009

Kembali..





Alhamdulillah segala pujian hanya untukMu ya Allah, yang telah menjadikan diri ini dan yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada diri ini.. terima kasih ya Allah!

Akhirnya aku berpeluang untuk mencatat d dalam blogku ini setelah sekian lama. Hm.. dah berbulan-bulan blog ni tak dBoldi update.. Buat cik Lu’lu’almanthura, iQLima dah kembali. ^o^ Terima kasih sebab selalu berkunjung ke sini..

PRK baru sahaja melabuhkan tirainya.. Alhamdulillah, tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan. Ayuh! kita tegakkan Islam di bumi kampus hijau kita ini. Semoga dengan kemenangan yang Allah beri ini menjadi titik pemulaan bagi kita semua. Jangan leka, perjuangan dan perjalanan kita masih panjang.

Buat sahabat-sahabat (terutama yang kat BSK), terima kasih atas segalanya. Fasa PRK kali ni banyak mentarbiyah diri ini. Medan tarbiyah kita semua. Semoga segala usaha sahabat semua dinilai oleh Allah.. Ingat janji-janji Allah..

Geng 86, bila kita nak reunion? Huhu.. Rindu kat semua walaupun tiap hari jumpa kalian... Faezah, Nadirah, Nadiyah, Farah, Ruqaiyah, Dina, Raja.. ^o^. Nasihati diri ini dikala diri ini leka..

Hmm.. sampai disini dahulu.. InsyaAllah akan kembali lagi selepas ini.. Dalam kita gembira di sini, jangan lupa dengan sahabat-sahabat kita di Palestin.

Al-Fatihah buat mujahidin di Palestine..




p/s : Slamat hari jadi buat sahabat baikku semasa di SHAMS --> MASITAH ALIAS.. i miss u so much. Selamat menjadi cikgu yang baik. Selamat pagi Cikgu Mashi.. ^o^.


Tuesday, November 11, 2008

:: Menangislah wahai hati.. ::


p/s : ya Allah tabahkan hati hambaMu ini dalam meneruskan perjuangan ini..

Monday, November 3, 2008

:: Selesai sudah exam ku... ::

Bismillah walhamdulillah...

Alhamdulillah..hari ni penulis baru sahaja selesai menjawab paper subjek Software Project Management. Hmm.. Soalannya agak mengelirukan.. huhu.. tapi Alhamdulillah dipermudahkanNya. Terima kasih ya Allah.. Terima kasih jugak kat Prof Hasan..=)

Hampir 3 minggu duk menghadap nota-nota, buku-buku.. Sampai buku dan nota yang menghadap diri ini..^o^ Dan hampir 3 minggu ni jugak la blog kesayangan penulis ni tak di update.. Sibuk dek study dan kerja-kerja lain yang membataskan waktu penulis untuk menghadap laptop... Huhu.. Kesian :: bila tinta menari :: Kak KAFALIFMIM asyik tanya bila lah iQLima nak post pasal rombongan raya baru-baru ni.. =) Macam dah tak ter 'post' je kak.. Hehe.

Sepanjang 3 minggu ni banyak perkara yang berlaku. Seronok, sedih, semua ada.. Yang penting penulis berjaya jawab semua paper dengan izinNya.. Tinggal tunggu result je ni.. Takut.. Kesimpulan untuk exam kali ni, soalan-soalan yang keluar ok je mungkin diperingkat penulis tak bersedia dengan lebih baik kot.. Sepatutnya penulis boleh wat lebih baik lagi. Tapi takpe. Hmm.. Penulis bertawakkal pada Allah dan moga-moga Allah beri keputusan terbaik.. InsyaAllah..

Dalam 3 minggu ni jugak la seperti yang dikatakan oleh kak KAFALIFMIM kitorang pegi beraya sakan. 6 buah rumah dalam masa 1 hari.. Hehe.. Thanks to Nadiyah, Awin, Simaa, Fathiah, Kak Mustika, Rashidah dan jugak Nadirah.. Seronok kami hari tu.. Ye la, dapat makan-makan kan?? ^o^. Nak tau lebih lanjut boleh ke blog http://kafalifmim.blogspot.com. Hehe.(promote ni tau, kak kam)

Dalam minggu ni penulis dikhabarkan tentang perginya seorang ibu setelah melahirkan anaknya. Bila dapat tau tentang berita tu, penulis teringat ibu dikampung.. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anaknya.. Along rindu kat mak.. Ia juga mengingatkan penulis yang mati itu pasti dan boleh datang bila-bila masa sahaja.. Moga roh arwah dicucuri rahmatNya..

Apa pun, segalanya adalah perancangan Allah.. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah takkan buat sesuatu perkara dengan sia-sia.. Sebagai hambaNya kita kena bersedia untuk menerima ketentuanNya. Peringatan untuk diri sendiri.. =)

Oklah.. sampai di sini dahulu.. Banyak kerja yang perlu diselesaikan ni.. Hm.. InsyaAllah jumpa di entry lain pula ye.. Maassalamah..

notes HCI yang banyak berjasa.. Terima kasih kpd En Sidek yang banyak mengajarku
Dah dapat result dah..Hehe.. ^o^


Subjek yang paling ku geruni dari diploma.. Huhu..
Tak tau la dapat berapa.. Hmm..


Software Project Management
Subjek yang paaaliiingg digemari.. Hehe.. Best!




p/s : tiada aku tanpa ibu..hanya kau satu di dunia.. bertakhta dikau dijiwaku.. kaulah ibu yang tercinta..