Tuesday, June 23, 2009

:: Terima Kasih, Abah... ::

Bismilah walhamdulillah..


Abah,
Teringat masa zaman kecik-kecik dulu.. Bila balik dari keluar jalan-jalan dengan abah, mesti Along dan Amin buat-buat tidur dalam kereta bila sampai kat rumah. Abah panggil nama kami, tapi kami buat-buat tak dengar.. Abah masuk rumah, sediakan tempat tidur kami dan abah angkat kami dari kereta dan bawa masuk ke dalam bilik tidur.. Terima kasih, abah..

Abah,
Masa Along sekolah rendah dulu, abah selalu buat lukisan untuk Along. Along tak suka dan tak pandai melukis. Bila cikgu suruh melukis, mesti along bawa balik dan mintak abah yang lukiskan.
Esoknya along bawa lukisan abah ke kelas, kawan-kawan along puji lukisan tu.. Along cakap kat diorang "Abah saya yang ajar dan lukis..". Sehari sebelum waktu ujian pendidikan seni pun, mesti abah bagi idea kat along untuk melukis. Terima kasih, abah..

Abah,
Masa along darjah 3, along dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Abah dijemput naik ke pentas untuk bagi hadiah pada along.. Along ingat lagi, abah bagi along set alat tulis dengan beg. Cantik kotak pensel yang abah bagi. Hampir 7 tahun along simpan kotak pensel tu.. Terima kasih, abah..

Bila along kenangkan kembali, pasti along tersenyum...

Banyaknya pengorbanan abah untuk along dan adik-adik. Seawal 6 pagi abah keluar mencari rezeki untuk kami. Kini kami semakin dewasa dan kami tahu kami banyak menyusahkan abah.. Abah tetap sabar melayan dan mendidik kami.. Walaupun abah tak meluahkan tapi kami tahu perasaan abah. Maafkan kami.. Abah lelaki yang sangat penyabar..

Dedikasi istimewa buat lelaki yang paling saya sayangi. Lelaki yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga..
Insan yang sabar dalam mendidik dan melayan anak-anaknya yang semakin dewasa..
Selamat Hari Bapa, abah.. Terima kasih kerana memberikan kasih sayangmu dan sabar dalam mendidik kami..

Kepada semua bapa didunia, SELAMAT HARI BAPA
Sayangi bapa anda dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada..




p/s : Bila dikenangkan balik zaman kecik-kecik pasti saya dan adik-adik ketawa.. rasa nak kembali ke zaman dulu.. Bestkan amin? hehe.. ^o^

2 comments:

lu'lu'an manthura said...

Salam'alaik shbtku Nadiah,

Sgt trkesan dgn artikel ni.It amused me back my memories when I was young...Byk sgt pngorbanan seorng ayah..Eh sama la prangai time kecik dulu.Suke buat2 tido dlm kreta.Then, siapa yg angkt, ayah akak (sebutan sengau sikit) jg lah yg angkat.Agak2 lah Nad, dh besaq pnjang ni kalu buat2 tidoq dlm kreta ayh angkat tak? Hmm jawapnya tidoq la hang dlm kreta sorang2.Hi3.Tringt cerita Nad, abah Nad seorg pndiam..(mcm nad jg).Wlpapn shbt, tiada kata2 yg lebih brmakna selain mdoakan agar abah/ayah/abi/dad/papa dberikan umur yg pnjang dlm ketaatan pdNya, dimurhkn rezeki, dirahmatiNya, dilindungiNya srta dimasukkan ke dalm golongn hambaNya yg soleh.InsyaALLAH shbt, kt sama2 doa pd ALLAH..

p/s:Ingt tak Nad lagu nasyid dolu2 ttg ayh (di pondok kecil)?Tak ingt tittle lagu ni..Cuba Nad cari dekat you tube lagu "Because You Love Me", Celine Dion.Lagu tu sesuai didedikasikan utk abah..

~takmil wa istikmal~

iQLiMa_nadiah said...

salam nadirah..

hehe..time kecik-kecik dulu. macam-macam perangai kan..rasa seronok je bila abah angkat dari keta tu.buat-buat tidoq..rasanya abah tau anak dia buat-buat tidoq..^o^

hmm..lagu aeman tentang ayah paling best..syahdu.

pepun, mg2 kita dapat membahagiakan mereka..