Tuesday, June 30, 2009

:: Ku rindu pada SHAMS ::

Bismillah walhamdulillah


Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang berusrah bersama adik2 Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) bersama dua sahabat baik saya, Nadiyah dan Nadirah. Secara kebetulan, sebelum solat maghrib Nadiyah mengajak saya menemannya ke SAMER untuk berjumpa dan berusrah dengan adik2 usrahnya. Seusai solat maghrib bersama sahabat2, saya dan Nadiyah bertolak kesana. Di Kepong Sentral, Nadirah mengambil kami dan kami terus mnuju ke SAMER. Pertemuan kami ini dapat melepaskan kerinduan antara kami.. Bila 3 NAD bertemu.. apa yang berlaku? hehe..

Setibanya di SAMER dan apabila kaki ini melangkah masuk ke ASPURI SAMER, tiba-tiba fikiran saya teringat sewaktu saya berada di ASPURI SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS). Suasananya, bi’ahnya dan pelajarnya membuatkan saya terkenang tempat yang penuh kenangan dan tempat dimana saya belajar untuk berdikari, tempat dimana saya mula belajar tentang tarbiyah dan kepimpinan. Yang paling penting tempat dimana saya mula mengenali usrah..


Gembira dapat bersama dengan adik-adik SAMER, berusrah dengan mereka. Ramai
yang datang berusrah bersama kami. Masing-masing bersemangat mendengar dan memahami apa yang cuba kami sampaikan pada mereka. Comel-comel semuanya. Nadirah memulakan majlis dan membuat modul ‘numbers’. Saya juga sempat berpesan pada mereka, moga-moga mereka terus istiqamah dengan apa yang mereka lalui saat ini. Bukan semua orang dapat apa yang mereka perolehi. Mereka amat bertuah. Tarbiyah yang mereka terima tak sama dengan pelajar yang tidak tinggal di asrama. Jam 11.30 malam, loceng asrama berbunyi dan kami menamatkan usrah. Hampir 1 jam bersama mereka. Sewaktu berpisah, mereka tak putus-putus meminta kami datang lagi untuk berusrah bersama. Nadirah dan Nadiyah hanya tersenyum. Memikirkan bila agaknya dapat bertemu mereka lagi. Saya ?? Hanya menunggu ajakan Nadirah dan Nadiyah sahaja.^o^. InsyaAllah ada masa, saya juga akan turut berusrah bersama mereka lagi..


Ya Allah, ku rindu saat-saat ku di SHAMS, saat-saat bersama akhawat yang disayangi 5 tahun yang penuh dengan kenangan bersama kalian. Kita selalu berkumpul di ‘angkasa’ bersama-sama.. Di situ lah kita berusrah, study, qiamullail bersama. Eratnya ukhuwah kita dahulu. Kita pernah berjanji untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Susah senang kita tetap bersama..


Shidah, Huda, Masitah, Faizah, Fiza, Tasha, Wani, Ummi, Gee
– akhawat yang disayangi.. Maafkan diri ini andai diri ini tak mampu pelihara ukhuwah antara kita yang telah kita bina atas dasar satu aqidah. Saya sentiasa mendoakan akhawat terus istiqamah dalam perjuangan Islam. =)

SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkah ku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan.....
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan airmata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati

Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Syukur sunggu di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatinya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenak erti
Cinta Hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman....

Lagu UNIC ni saya dan akhawat pernah menyanyikannya sewaktu Haflatulwida’. Masa tu kami dalam form 4.. Bersemangat betul kami menyanyi.. Kalau cerita semula pada Huda kenangan ni, mesti dia gelakkan saya. Sebab saya yang paling bersemangat time tu. Terutama kat corus.. kan cik ude? hehe..


saya bersama huda dan masitah di kawasan aspuri. Ude, nampak chubby..hehe

p/s : gambar lain akan menyusul..

Tuesday, June 23, 2009

:: Terima Kasih, Abah... ::

Bismilah walhamdulillah..


Abah,
Teringat masa zaman kecik-kecik dulu.. Bila balik dari keluar jalan-jalan dengan abah, mesti Along dan Amin buat-buat tidur dalam kereta bila sampai kat rumah. Abah panggil nama kami, tapi kami buat-buat tak dengar.. Abah masuk rumah, sediakan tempat tidur kami dan abah angkat kami dari kereta dan bawa masuk ke dalam bilik tidur.. Terima kasih, abah..

Abah,
Masa Along sekolah rendah dulu, abah selalu buat lukisan untuk Along. Along tak suka dan tak pandai melukis. Bila cikgu suruh melukis, mesti along bawa balik dan mintak abah yang lukiskan.
Esoknya along bawa lukisan abah ke kelas, kawan-kawan along puji lukisan tu.. Along cakap kat diorang "Abah saya yang ajar dan lukis..". Sehari sebelum waktu ujian pendidikan seni pun, mesti abah bagi idea kat along untuk melukis. Terima kasih, abah..

Abah,
Masa along darjah 3, along dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Abah dijemput naik ke pentas untuk bagi hadiah pada along.. Along ingat lagi, abah bagi along set alat tulis dengan beg. Cantik kotak pensel yang abah bagi. Hampir 7 tahun along simpan kotak pensel tu.. Terima kasih, abah..

Bila along kenangkan kembali, pasti along tersenyum...

Banyaknya pengorbanan abah untuk along dan adik-adik. Seawal 6 pagi abah keluar mencari rezeki untuk kami. Kini kami semakin dewasa dan kami tahu kami banyak menyusahkan abah.. Abah tetap sabar melayan dan mendidik kami.. Walaupun abah tak meluahkan tapi kami tahu perasaan abah. Maafkan kami.. Abah lelaki yang sangat penyabar..

Dedikasi istimewa buat lelaki yang paling saya sayangi. Lelaki yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga..
Insan yang sabar dalam mendidik dan melayan anak-anaknya yang semakin dewasa..
Selamat Hari Bapa, abah.. Terima kasih kerana memberikan kasih sayangmu dan sabar dalam mendidik kami..

Kepada semua bapa didunia, SELAMAT HARI BAPA
Sayangi bapa anda dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada..




p/s : Bila dikenangkan balik zaman kecik-kecik pasti saya dan adik-adik ketawa.. rasa nak kembali ke zaman dulu.. Bestkan amin? hehe.. ^o^