Friday, April 27, 2012

:: Berhijrahlah! ::

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dimuka bumi Allah ini, masih lagi dikurniakan 2 nikmat yang paling besar yang sering dilupakan oleh hambaNYA iaitu nikmat IMAN & ISLAM. :)

Pada entri kali ini, suka saya berkongsi berkenaan dengan hijrah-hijrah yang berlaku sepanjang hidup saya.

Seawal usia 13 tahun saya sudah tinggal di asrama, berjauhan dengan keluarga. Di usia itulah saya belajar erti berdikari, menguruskan diri tanpa pantauan mak, abah. 5 tahun saya di asrama, berhijrah dari zon selesa berada dirumah ke tempat yang lebih berdisiplin. Alhamdulillah, dengan izin Allah hasilnya saya mampu berdikari, menguruskan diri dan adik-adik sendiri diusia yang muda. 

Kemudian semasa berusia 18 tahun, setelah mendapat keputusan SPM, saya mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sekali lagi saya berhijrah, berjauhan dengan keluarga. Kali ini ke tempat yang lebih jauh (bagi saya Terengganu-Selangor agak jauh pada masa itu) Pergi dengan membawa harapan mak dan abah. Setelah 3 tahun, Alhamdulillah saya berjaya memperoleh diploma, dan meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti yang sama. 3 tahun lagi masa diambil untuk memperoleh segulung ijazah. 6 tahun di UPM, kadang-kadang terasa diri ini membesar di UPM, tua di UPM. :) 
Dengan hijrah saya kali ini, Alhamdulillah, saya mendapat pelbagai pengalaman, ilmu, warna-warni kehidupan yang lebih mematangkan diri. Saya sangat bersyukur, Allah kurniakan saya dengan nikmat yang amat bernilai. Saya dapat mengenal hidup secara berjemaah! Alhamdulillah  :)

Setelah tamat pengajian di UPM, saya mendapat perkerjaan di Putrajaya, kemudian di Bangi sehingga sekarang. Hampir 2 tahun berada di alam pekerjaan mengajar saya mengenal  pelbagai ragam manusia, tahu siapa boleh jadi sahabat tika susah dan senang. Saya akui, berjauhan dengan keluarga membuatkan saya lebih rapat dengan mak, abah dan adik-adik saya. Alhamdulillah.

Kini, saya akan berhijrah lagi. Hijrah kali ini bagi saya amat istimewa dari hijrah-hijrah saya sebelum ini. Hijrah saya adalah kerana mengikut suami yang tersayang. Saya akan ke Johor, di mana tempat suami saya bekerja sekarang. Hijrah yang memerlukan sedikit pengorbanan, saya melepaskan kerjaya saya demi ingin sentiasa berada disamping suami saya. 

"InsyaAllah, mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk aku dan suami kelak. Rezeki Allah tu kan luas.." 

Itulah kata-kata semangat untuk diri sendiri tatkala pelbagai fikiran negatif yang hadir dalam diri.

Hari ini adalah hari terakhir saya berkhidmat di syarikat ini, tatkala entri ini dicatatkan. (Isi masa sedikit masa lapang yang ada). Semoga penghijrahan saya kali ini membawa kebaikan kepada orang lain dan jua kepada saya, suami dan anak-anak kelak. Ya, saya ingin berhijrah! Berhijrah ke arah yang lebih baik. Berhijrah untuk membina sebuah keluarga muslim dan mukmin yang lebih baik. 

"Abang harap ayang niat hijrah ayang ni adalah untuk mendapat kebaikan dan memberi kebaikan pada orang lain. Rasulullah dulu pun berhijrah. Macam-macam kebaikan yang umat Islam dapat sehinggakan kita, umatnya hari ini masih mendapat kebaikan dari penghijrahan Rasulullah.." 


kata-kata suami saya ini akan saya ingat sampai bila-bila. Abang, terima kasih banyak, banyak, banyak! :)




Thursday, April 19, 2012

:: Dialah suamiku.. ::

Dengan namaMU ya Allah..

Alhamdulillah, aku amat bersyukur padaMU Allah.

Engkau hadirkan kepada ku seorang suami yang baik akhlaknya, tinggi pekertinya dan paling penting seorang yang beragama, beriman kepadaMU..

Penyayang, penyabar itulah dirimu..

Terima kasih suamiku atas kesabaranmu dalam mendidikku. Isterimu ini sangat bahagia bila berada disampingmu.. Wajah tenangmu, menjadi penyejuk di mata ini. :)

p/s : suamiku, sifuku.. terima kasih abang. I Love U Fillah.. ;)








Thursday, April 12, 2012

:: Syukur, Alhamdulillah :) ::

Bismillah walhamdulillah.

Lama tidak blog ini tidak di update. Dek kerana kekeringan idea untuk menulis, mungkin juga kerana tiada mood untuk menulis. :)

Alhamdulillah sudah sebulan diri ini bergelar isteri. Majlis yang penuh bermakna telah berlangsung sebulan lalu, 10 Mac 2012 (17 Rabiulakhir 1433h). ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH. Hanya perkataan tersebut menggambarkan perasaan ini tatkala sah menjadi isteri dan permaisuri hati suamiku. Hanya sekali lafaz, aku sah bergelar menjadi isteri kepada Wan Mohd Hashim Wan Mohamed.



Ya Allah, aku kini bahagia merasai nikmat kasih sayangMU. Betapa besarnya nikmat ini yang Kau berikan hanya secebis kepada hambaMU ini. Aku sangat bersyukur padaMU, ya Rahman! :)

Suamiku yang tercinta, terima kasih atas segalanya. Baru sebulan kita melayari kehidupan sebagai suami isteri, percayalah, isterimu ini merasa sangat bahagia berada bersamamu.

Allah, Engkau mengetahui segalanya.. Moga Engkau redha dan merahmati Baitul Muslim kami ini. Moga Baitul Muslim kami menjadi pendokong kepada agamaMU.

Terima Kasih Allah, aku sayang dan bersyukur padaMU! :)

Buat suamiku, isterimu ini jua menyayangimu. Terima kasih atas segalanya. :)